PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐋𝐀𝐓𝐆𝐀𝐁𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐈𝐍𝐃𝐎 𝐃𝐀𝐑𝐒𝐀𝐒𝐀 𝟏𝟐𝐀𝐁/𝟐𝟎𝟐𝟔

𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 𝐒𝐄𝐑𝐓𝐀𝐈 𝐋𝐀𝐓𝐆𝐀𝐁𝐌𝐀 𝐌𝐀𝐋𝐈𝐍𝐃𝐎 𝐃𝐀𝐑𝐒𝐀𝐒𝐀 𝟏𝟐𝐀𝐁/𝟐𝟎𝟐𝟔 | 𝟏𝟓 – 𝟐𝟔 𝐉𝐔𝐍 𝟐𝟎𝟐𝟔
 
📍 Wilayah Lampung, Sumatera Selatan, Indonesia
 
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) menyertai Eksesais Latihan Gabungan Bersama Malaysia-Indonesia Darat Samudera Angkasa Siri 12AB/2026 (LATGABMA MALINDO DARSASA 12AB/2026) yang berlangsung di Wilayah Lampung, Sumatera Selatan, Indonesia. Latihan selama 12 hari ini melibatkan 719 peserta daripada Tentera Nasional Indonesia (TNI), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan agensi awam kedua-dua negara. NADMA diwakili oleh Lt Kol Bersekutu (PA) Dr. Ajantha A/P Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi (SPeO) dan Mej Wazirudin bin Mahfot, Ketua Penolong Pengarah SPeO.
 
Berteraskan konsep 𝘏𝘶𝘮𝘢𝘯𝘪𝘵𝘢𝘳𝘪𝘢𝘯 𝘈𝘴𝘴𝘪𝘴𝘵𝘢𝘯𝘤𝘦 𝘢𝘯𝘥 𝘋𝘪𝘴𝘢𝘴𝘵𝘦𝘳 𝘙𝘦𝘭𝘪𝘦𝘧 (𝘏𝘈𝘋𝘙),latihan ini menguji kesiapsiagaan dan koordinasi tindak balas terhadap senario gempa bumi dan tsunami melalui pelbagai komponen latihan termasuk Staff 𝘌𝘹𝘦𝘳𝘤𝘪𝘴𝘦 (𝘚𝘛𝘈𝘍𝘍𝘌𝘟) 𝘥𝘢𝘯 𝘍𝘪𝘦𝘭𝘥 𝘛𝘳𝘢𝘪𝘯𝘪𝘯𝘨 𝘌𝘹𝘦𝘳𝘤𝘪𝘴𝘦 (𝘍𝘛𝘟). Dalam sesi STAFFEX, NADMA turut berkongsi pengalaman Malaysia berkaitan mekanisme pengurusan bencana dan penyelarasan pelbagai agensi.
 
Penyertaan NADMA mencerminkan komitmen berterusan Malaysia dalam memperkukuh kerjasama serantau, meningkatkan interoperabiliti awam-ketenteraan serta memperkasa kesiapsiagaan menghadapi bencana rentas sempadan selaras dengan aspirasi kerjasama ASEAN.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search