PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

ππ€πƒπŒπ€ πŒπ„ππ†π‡π€πƒπˆπ‘πˆ πŒπˆπ‹πˆππŽπ‹ 𝐓𝐄𝐂𝐇𝐗 π’π”πŒπŒπˆπ“ πŸπŸŽπŸπŸ”

ππ€πƒπŒπ€ πŒπ„ππ†π‡π€πƒπˆπ‘πˆ πŒπˆπ‹πˆππŽπ‹ 𝐓𝐄𝐂𝐇𝐗 π’π”πŒπŒπˆπ“ πŸπŸŽπŸπŸ” | πŸπŸ– – πŸ‘πŸŽ π€ππ‘πˆπ‹ πŸπŸŽπŸπŸ”
Β 
πŸ“Sand Expo and Convention Centre, Singapura
Β 
Seramai 4 orang delegasi dari Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang diketuai oleh Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) bersama-sama Encik Addyhanis Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, Encik Mohd Khairi Abd. Ghani, Pengarah Seksyen Logistik dan Encik Mohd Hafiz Hairi Amerudin, Penolong Pengarah Kanan Seksyen Teknikal & Infrastruktur telah menghadiri Milipol TechX Summit 2026 (MTX) yang berlangsung di Singapura, merupakan kerjasama antara Civipol (Perancis) dan Home Team Science and Technology Agency (HTX) Singapura.
Β 
MTX merupakan platform antarabangsa yang menghimpunkan pakar keselamatan awam, inovator teknologi, profesional industri serta penggubal dasar dari seluruh dunia bagi berkongsi idea dan meneroka penyelesaian teknologi terkini. Lebih 50 pempamer antarabangsa telah mempamerkan inovasi dalam bidang Sains, Robotik, Siber dan Pembangunan Teknologi.
Β 
Selain itu, Delegasi NADMA juga mengadakan lawatan teknikal ke ST Engineering, Singapura bagi meninjau teknologi terkini yang berpotensi diaplikasikan dalam pengurusan bencana di Malaysia selain turut mengadakan kunjungan hormat kepada Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, YBhg. Dato’ Indera Dr. Azfar Mohamad Mustafar.
Β 
Penyertaan ini mencerminkan komitmen NADMA dalam memperkukuh keupayaan pengurusan bencana negara melalui adaptasi teknologi moden serta jaringan kerjasama di peringkat antarabangsa.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search