๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ / ๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐๐๐๐๐ ๐๐ / ๐๐ ๐๐ ๐๐๐๐๐ ๐๐๐ ๐๐๐๐
ย
ย
Tuan Addyhanis Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi selaku Ketua Pasukan ๐๐ฐ๐ฎ๐ฆ-๐๐ข๐ด๐ฆ๐ฅ ๐๐ถ๐ฑ๐ฑ๐ฐ๐ณ๐ต, pegawai SMART dan 2 pegawai K9 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia telah menghadiri Mesyuarat MAS01 Go/No Go secara atas talian bersama-sama 14 ๐๐ญ๐ข๐ด๐ด๐ช๐ง๐ช๐ฆ๐ณ๐ด IER MAS01, wakil UNOCHA Rantau Asia Pasifik, pemerhati dari Jabatan Bomba New South Wales, Australia serta 2 Mentor MAS01 iaitu Mr. David Lewis dan Mr. Tim Hassiotis. INSARAG telah menetapkan senarai ๐๐ญ๐ข๐ด๐ด๐ช๐ง๐ช๐ฆ๐ณ๐ด untuk MAS01 SMART IER 2026 adalah dari China, Rusia, Korea Selatan, Norway, Algeria, Australia, Singapura, Jordan, Turkiye dan Hong Kong.
ย
Mesyuarat ini diadakan bagi proses penilaian lanjutan melibatkan pembentangan Pasukan SMART selepas para ๐๐ญ๐ข๐ด๐ด๐ช๐ง๐ช๐ฆ๐ณ๐ด membuat penelitian literatur melalui dokumen Laporan ๐๐ฆ๐ฏ๐ต๐ฐ๐ณ ๐ฅ๐ข๐ฏ ๐๐ฐ๐ฎ๐ฑ๐ณ๐ฆ๐ฉ๐ฆ๐ฏ๐ด๐ช๐ท๐ฆ ๐๐ฐ๐ณ๐ต๐ง๐ฐ๐ญ๐ช๐ฐ ๐ฐ๐ง ๐๐ท๐ช๐ฅ๐ฆ๐ฏ๐ค๐ฆ (๐๐๐๐) yang telah dikemukakan kepada Sekretariat INSARAG pada Februari lalu.
ย
Proses penilaian secara dalam talian ini adalah sangat penting dalam menentukan tahap kesediaan Pasukan SMART untuk menjalani IER pada September 2026 melalui keputusan GO or NO GO.
Supt. Safrizan Suhaini, wakil Pasukan SMART telah berjaya meyakinkan para penguji dan Sekretariat INSARAG melalui pembentangan yang dibuat mengenai status tindakan penambahbaikan dan pematuhan terhadap 12 senarai semak โkuningโ yang diperoleh semasa IEC 2016 serta justifikasi Senarai Semak IER 1-6. Oleh itu, mesyuarat telah sebulat suara memutuskan โGOโ kepada Pasukan MAS01 SMART untuk melalui proses IER dari 20 hingga 25 September 2026.
ย
Tahniah kepada Pasukan MAS01 SMART!
ย
Menjelang September, Pasukan SMART akan menjalani sesi simulasi penuh pre-IER bersama Mentor dari 21 hingga 27 Jun 2026, pengukuhan akhir semua komponen USAR (๐ฎ๐ข๐ฏ๐ข๐จ๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ฏ๐ต, ๐ญ๐ฐ๐จ๐ช๐ด๐ต๐ช๐ค๐ด, ๐ด๐ฆ๐ข๐ณ๐ค๐ฉ, ๐ณ๐ฆ๐ด๐ค๐ถ๐ฆ & ๐ฎ๐ฆ๐ฅ๐ช๐ค๐ข๐ญ) dan persediaan akhir untuk pengurusan dan logistik program bertaraf antarabangsa ini.
