𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐘𝐖𝐌) 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐑𝐄𝐓𝐀𝐑𝐈𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐅𝐀𝐐 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐊𝐄 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
𝐊𝐔𝐍𝐉𝐔𝐍𝐆𝐀𝐍 𝐇𝐎𝐑𝐌𝐀𝐓 𝐘𝐀𝐘𝐀𝐒𝐀𝐍 𝐖𝐀𝐊𝐀𝐅 𝐌𝐀𝐋𝐀𝐘𝐒𝐈𝐀 (𝐘𝐖𝐌) 𝐃𝐀𝐍 𝐒𝐄𝐊𝐑𝐄𝐓𝐀𝐑𝐈𝐀𝐓 𝐈𝐍𝐅𝐀𝐐 𝐍𝐀𝐒𝐈𝐎𝐍𝐀𝐋 𝐊𝐄 𝐍𝐀𝐃𝐌𝐀 | 𝟖 𝐌𝐄𝐈 𝟐𝟎𝟐𝟔
Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Tuan Meor Ismail Meor Akim hari ini menerima kunjungan hormat daripada Encik Nadzri Kamarulzaman bersama delegasi Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) dan Sekretariat Infaq Nasional bertempat di Ibu Pejabat NADMA.
Antara perkara yang dibincangkan termasuk hasrat untuk menyumbangkan sejuta botol air minuman bersih bagi tujuan pengagihan kepada Sekretariat Pengurusan Bencana di peringkat daerah dan negeri di seluruh negara, selain cadangan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bagi memperkukuh kerjasama strategik antara kedua-dua pihak.
Kerjasama awam dgn pihak NGO ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memperluas usaha kebajikan dan bantuan kemanusiaan serta memperkukuh kesiapsiagaan dan pengurusan bencana negara.
