Tinjauan Lapangan di Lokasi Bencana Banjir Monsun Timur Laut 2025/2026 Negeri Johor
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Tinjauan Lapangan di Lokasi Bencana Banjir Monsun Timur Laut 2025/2026 Negeri Johor | 19 Disember 2025
YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA bersama-sama YB Raven Kumar a/l Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor merangkap ADUN Tenggaroh dan Tuan Haji Jamil Hasni Abdullah, Pegawai Daerah Mersing merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Mersing serta wakil-wakil agensi kerajaan yang lain telah melakukan tinjauan lapangan di tiga (3) PPS iaitu SJK (C) Chiao Ching, SK Pusat Air Tawar dan SK Labong.
Antara tindakan yang dilaksanakan oleh JPBD Mersing adalah mengenakan pemakaian gelang tangan bagi mangsa-mangsa yang berada di PPS bertujuan untuk mengawal pergerakan keluar masuk di PPS. Selain itu, penanda aras juga turut dipasang di beberapa lokasi tumpuan supaya memudahkan mangsa-mangsa untuk berpindah ke PPS jika air melebihi tahap waspada. Pihak JPBD Mersing juga memohon tambahan pam air bergerak supaya dapat mengalirkan air yang termenung ke kawasan sungai berhampiran.
