Lawatan Kerja Rasmi dan Pengoperasian Ketua Pengarah NADMA ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Mesyuarat Penyelarasan PKOB Negeri Perlis
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Lawatan Kerja Rasmi dan Pengoperasian Ketua Pengarah NADMA ke atas Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis dan Mesyuarat Penyelarasan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri Perlis | 27 November 2025
Hari kedua pengoperasian MTL 2025/2026 Ketua Pengarah NADMA di Negeri Perlis, beliau sempat mengadakan lawatan kerja rasmi ke atas YB Dato’ Rahimi Ismail, Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perlis di pejabatnya pagi tadi sebelum meneruskan tinjauan operasi pengurusan bencana ke Negeri Kedah dan Perak.
Ketua Pengarah NADMA turut dijemput menghadiri Mesyuarat Penyelarasan Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Negeri Perlis bagi MTL 2025/2026 bagi mendapatkan status semasa situasi pengurusan dan pengoperasian bencana MTL 2025/2026 di Negeri Perlis termasuk perkara berkaitan lokasi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), kemudahan calon-calon SPM ke lokasi peperiksaan, situasi cuaca semasa dan paras air serta situasi semasa di Empangan Timah Tasoh.
Selain itu, YBrs. Encik Rusdi Yahya, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan) Negeri Perlis turut hadir dalam sesi lawatan kerja dan mesyuarat tersebut bersama Ketua-Ketua Jabatan/Agensi Negeri Perlis.
