Kunjungan Hormat Brigedier Jeneral Rejimen 502 Askar Wataniah
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Kunjungan Hormat Brigedier Jeneral Rejimen 502 Askar Wataniah | 12 November 2025
Ketua Pengarah NADMA, Datuk Abdul Halim Hamzah telah menerima kunjungan hormat daripada Brigedier Jeneral Ridzwan Shoib, Komander Rejimen 502 Askar Wataniah, di Ibu Pejabat NADMA Putrajaya.
Kunjungan hormat ini bagi meneroka kerjasama dan memperkukuh hubungan antara Rejimen 502 Askar Wataniah, Kem Sungai Buloh dengan NADMA selaku agensi peneraju pengurusan bencana negara.
Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai pengurusan hubungan antarabangsa dengan Türkiye melalui AFAD serta peluang latihan bersama di antara Rej 502 Askar Wataniah dengan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).
Kunjungan hormat ini turut disertai oleh Leftenan Kolonel Mukhriz Hj Kamarudin dan Mejar Izzudin Dato’ Abidin. Turut hadir dari NADMA ialah PgKB I Abdul Manaf Che Isa, Komander SMART dan En. Shanmugam a/l Gopalan, Seksyen Penyelarasan Operasi.
