ASEAN Strategic Policy Dialogue on Disaster Management 2025 (SPDDM)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
ASEAN Strategic Policy Dialogue on Disaster Management 2025 (SPDDM) | 20 & 21 Ogos 2025 | Singapore
Telah berlangsung ASEAN Strategic Policy Dialogue on Disaster Management 2025 (SPDDM) yang bersempena Hari Kemanusiaan Sedunia. Acara ini menandakan ulang tahun ke-20 AADMER serta penamatan Program Kerja AADMER 2021–2025. Bertemakan “Building a Resilient Future: Advancing ASEAN’s Post-2025 Vision for Disaster Management”, SPDDM 2025 menjadi platform penting untuk menilai pencapaian serantau dalam pengurusan risiko bencana dan membincangkan hala tuju strategik pasca-2025.
Penglibatan NADMA telah diketuai oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar Hj. Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) dan dihadiri bersama Kpl Nurul Fatin Fazlin Bazeli, Seksyen Logistik SMART. Penyertaan NADMA menzahirkan komitmen Malaysia dalam memperkukuh kerjasama serantau, memperkaya perkongsian pengalaman dan menyumbang kepada pengukuhan daya tahan ASEAN terhadap bencana.
Sejak penganjuran pertamanya pada 2015, SPDDM telah menjadi platform utama ASEAN bagi perbincangan dasar berperingkat tinggi berkaitan pengurangan risiko bencana, daya tahan dan kerjasama serantau. Ia dianjurkan bersama oleh Singapore Civil Defence Force (SCDF), Sekretariat ASEAN serta AHA Centre dengan sokongan ASEAN Committee on Disaster Management (ACDM).
SPDDM berkembang sebagai platform strategik yang menghimpunkan pelbagai pihak untuk membincangkan isu kritikal seperti bencana iklim, pandemik, ketahanan bandar, inovasi teknologi dan inklusiviti sosial, sekali gus memperkukuh kerjasama serantau serta memperteguh peranan ASEAN dalam pengurusan bencana global.
