Mesyuarat Dua Hala Kali Ke-4 di bawah Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Brunei Darussalam dalam bidang Pengurusan Bencana
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Mesyuarat Dua Hala Kali Ke-4 di bawah Memorandum Persefahaman (MOU) antara Kerajaan Malaysia dengan Kerajaan Brunei Darussalam dalam bidang Pengurusan Bencana | 18 hingga 21 Ogos 2025 | Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam
Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan YM Dayang Ruhaidah Hj. Rusli, Pemangku Pengarah Pusat Pengurusan Bencana Kebangsaan (NDMC) Brunei Darussalam telah mempengerusikan bersama Mesyuarat Dua Hala Kali Ke-4 di bawah Memorandum Persefahaman (MOU) di antara Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Brunei Darussalam dalam bidang Pengurusan Bencana.
Mesyuarat dua hala pada kali ini antara lain telah membincangkan lebih lanjut status penubuhan jawatankuasa kerja pengurusan bencana (Disaster Management Working Group – DMWG), status pelaksanaan joint exercise antara Jabatan Bomba dan Penyelamat Brunei dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, status scoping keupayaan Urban Search and Rescue (USAR) Brunei Darussalam bagi persiapan mendapatkan pengklasifikasian International Search and Rescue Advisory Group (INSARAG) dan knowledge sharing mengenai pilot projek Community-Based Disaster Risk Management - Information and Communication Technology (CBDRM-ICT) fasa 1 yang telah dilaksanakan di Malaysia.
Delegasi Malaysia yang diketuai oleh Ketua Pengarah NADMA turut disertai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, JPBN Sabah dan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Brunei Darussalam sepanjang persidangan mesyuarat ini.
Selain itu, satu (1) sesi Kunjungan Hormat Delegasi Malaysia atas Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri, Brunei Darussalam telah diadakan pada hari pertama persidangan mesyuarat bagi membincangkan kerjasama dua hala dalam bidang keselamatan dan hal ehwal dalam negeri. Delegasi turut melaksanakan lawatan kerja ke CAE-Brunei Multi-Purpose Training Centre (CAE-Brunei MPTC) bagi meninjau kemudahan latihan dan berkongsi maklumat berkaitan bidang pengurusan kecemasan serta keselamatan serantau.
