PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

SGP-01 INSARAG External Reclassification (IER) 2025

SGP-01 INSARAG External Reclassification (IER) 2025 | 19 hingga 22 Ogos 2025
 
Operation Lionheart Contingent (OLHC) Singapore Civil Defense Force (SCDF) yang terdiri daripada 80 orang pegawai dan anggota telah berjaya mencapai pengelasan semula sebagai pasukan Heavy Urban Search and Rescue (USAR). Program INSARAG External Reclassification (IER) telah berlangsung selama empat (4) hari dengan pelaksanaan latihan intensif selama 36 jam yang merangkumi pelbagai senario USAR yang kompleks.
 
Malaysia turut menghantar penyertaan seramai lapan (8 orang pegawai daripada NADMA dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) yang diketuai oleh YDH DCP Datuk Mazli Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, NADMA. Kehadiran pegawai-pegawai Malaysia dalam program ini mencerminkan kerjasama erat serantau serta perkongsian kepakaran dalam memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi bencana besar.
 
Pengelasan “Heavy” merupakan pengiktirafan tertinggi yang diberikan kepada pasukan USAR di peringkat global di bawah garis panduan International Search and Rescue Advisory Group (INSARAG) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), yang bertujuan menyeragamkan keupayaan dan gerak balas terkoordinasi pasukan USAR antarabangsa di negara-negara yang dilanda bencana. Program ini telah diadakan di Home Team Tactical Centre dan Civil Defence Academy, di mana OLHC telah dinilai oleh pasukan pengelas antarabangsa yang terdiri daripada 13 orang pakar respons bencana.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search