PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

5th AIM-Net Meeting & Workshop

5th AIM-Net Meeting & Workshop | 11 hingga 15 Ogos 2025 | Hanoi, Vietnam
 
Pihak ASEAN Coordinating Centre for Humanitarian Assistance on Disaster Management (AHA Centre) selaku Sekretariat AHA Centre Information Management Network (AIM-Net) telah menjemput dua (2) orang pegawai NADMA untuk menghadiri 5th AIM-Net Meeting & Workshop. Delegasi NADMA terdiri daripada Puan Zurriyati Ya'kub, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Teknologi Maklumat (ICT) dan Encik Mohd Firdaus Jahaya, Penolong Pengarah Kanan, Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC).
 
Pada mesyuarat dan bengkel kali ini, negara-negara ASEAN telah berhimpun bagi tujuan berkongsi pengetahuan, memperkukuh pembelajaran serta merangka visi bersama ke arah pembentukan Emergency Operations Centre (EOC) yang ideal. Penyediaan piawaian minimum bagi pelaksanaan operasi EOC merupakan langkah permulaan penting ke arah pencapaian visi tersebut demi mempertingkatkan kesalingoperasian, memperkukuh tahap kesiapsiagaan serta mengukuhkan daya ketahanan serantau ASEAN.
 
Turut diadakan bersama sempena program kali ini adalah One ASEAN One Response (OAOR) Roadshow dan Lawatan Teknikal ke EOC Vietnam iaitu Vietnam Disaster and Dyke Management Authority (VDDMA). Penyertaan ini diharapkan dapat memperkukuh pengetahuan, kemahiran dan perkongsian pengalaman dalam kalangan pegawai NADMA bagi menyokong usaha mempertingkatkan pengurusan maklumat bencana di peringkat nasional dan serantau.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search