Perjumpaan YAB Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Ogos 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
18 Ogos 2025 - Pengurusan tertinggi dan warga NADMA telah menghadiri ke Perjumpaan YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri bersama warga Jabatan Perdana Menteri bagi bulan Ogos Tahun 2025 di Dewan De’ Seri Endon Puspanitapuri, Presint 10, Putrajaya.
YAB Perdana Menteri, menegaskan bahawa aplikasi seperti ChatGPT wajar digunakan secara berhati-hati dengan memastikan maklumat yang diperoleh benar dan tepat kerana ianya bukanlah satu-satunya sumber rujukan yang boleh dipercayai sepenuhnya.
Dalam amanatnya, beliau juga menekankan bahawa pelaksanaan agenda pendigitalan negara melalui inisiatif AI untuk Rakyat, penubuhan Institut AI, serta kewujudan Kementerian Digital adalah sebahagian daripada usaha Kerajaan MADANI ke arah mempercepat transformasi digital. Walau bagaimanapun, beliau turut mengingatkan bahawa penerapan Kecerdasan Buatan (AI) tidak boleh dianggap sebagai jaminan automatik bagi peningkatan produktiviti sektor awam, sebaliknya perlu dinilai dengan cermat.
