Program Latihan bersama Pasukan SMART MAS-01 dan EMERCOM RUS-03 di bawah Kerjasama Bilateral Malaysia - Persekutuan Rusia dalam Pengurusan Bencana
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Program Latihan bersama Pasukan SMART MAS-01 dan EMERCOM RUS-03 di bawah Kerjasama Bilateral Malaysia - Persekutuan Rusia dalam Pengurusan Bencana | 20 Jun 2025 | Pangkalan Udara Subang
Pasukan RUS-03 : Far Eastern Regional Search and Rescue Team yang berpangkalan di Khabarovsk, Rusia telah menyertai Latihan bersama Pasukan SMART dari 15 hingga 20 Jun 2025 dengan seliaan DSP. Safrizan bin Suhaini yang merupakan Mentor kepada Pasukan RUS-03.
Program latihan selama 5 hari ini telah berlangsung dengan jayanya. Pasukan RUS-03 selesai mengemas Base of Operation (BoO) dan semua peralatan menyelamat sekitar jam 12.00 dibantu oleh anggota pasukan SMART. Semasa majlis penutup, acara pertukaran cenderamata di antara kedua-dua pasukan turut diadakan sebagai penghargaan dan tanda kenang-kenangan.
Konvoi Pasukan telah bertolak ke Pangkalan Udara Subang lebih kurang jam 2.30 petang sebelum berlepas pulang ke Khabarovsk, Rusia jam 7.30 petang. Sesi pelepasan pulang Pasukan RUS-03 turut dihadiri oleh YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar bin Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Operasi; Encik Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi, pegawai-pegawai dari NADMA dan Pasukan SMART.