PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Mesyuarat dan Lawatan Tapak ke Projek Pemasangan Bailey Bridge di Sg Pamalan, KM0.121, Jalan Dangulad - Tuarid - Taud, Keningau

Mesyuarat dan Lawatan Tapak ke Projek Pemasangan Bailey Bridge di Sg Pamalan, KM0.121, Jalan Dangulad - Tuarid - Taud, Keningau | 24 Jun 2025 | Sabah
 
Telah berlangsung satu lawatan tapak yang diketuai oleh YBhg. Datuk Mohd Razali bin Wahab, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Perancangan dan Persediaan Bencana (Dasar) NADMA ke Projek Pemasangan Bailey Bridge Pertama NADMA di Keningau. Lawatan tersebut diadakan bertujuan untuk meninjau projek yang telah dilaksanakan oleh JKR Sabah bagi salah satu daripada tiga (3) jambatan Bailey Bridge yang telah dihantar ke Negeri Sabah.
 
Pemasangan bailey bridge ini adalah susulan daripada permohonan daripada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sabah pada 17 Februari 2025 bagi menggantikan jambatan asal yang musnah akibat bencana alam. Seterusnya, YBhg. Datuk turut mempengerusikan mesyuarat bersama Encik Peter J. Moinjil, Pegawai Daerah Keningau bagi mendengar pelaporan projek pemasangan Bailey Bridge oleh JKR Sabah dan juga menyelaras pelaksanaan Majlis Penyerahan Aset Alih Bailey Bridge untuk diserahkan secara rasmi kepada Kerajaan Negeri Sabah.
 
Lawatan diteruskan lagi ke Pusat Penyimpanan Bailey Bridge di JKR Putatan bagi melihat kaedah penyimpanan Bailey Bridge di Negeri Sabah. Sesi tersebut juga turut disertai oleh pegawai-pegawai NADMA iaitu Encik Mohd Khairi bin Abd. Ghani, Pengarah Seksyen Logistik dan Encik Ezrin Rozani bin Rosli, Penolong Pengarah Kanan Seksyen Logistik.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search