Lawatan Delegasi Pasukan RUS-03 ke Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Lawatan Delegasi Pasukan RUS-03 ke Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM | 20 Jun 2025 | Subang
Selesai lawatan ke UNHRD Warehouse, delegasi Pasukan RUS-03 meneruskan misi ke Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM di Subang sebagai sebahagian daripada sesi lawatan teknikal.
Di sini, delegasi berpeluang meninjau secara dekat aset udara strategik milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang digunakan dalam operasi menyelamat dan bantuan ketika bencana besar seperti kebakaran hutan, banjir dan insiden di kawasan pedalaman.
Lawatan ini membuka ruang untuk memahami pendekatan Malaysia dalam penggunaan sokongan udara sebagai sebahagian daripada pelan tindak balas bencana. Ia juga mencerminkan komitmen berterusan kedua-dua negara dalam memperkukuh kesiapsiagaan serta memperluas kerjasama operasi kecemasan.
Lawatan ini menandakan penutup yang signifikan kepada misi RUS-03, sekali gus membuka ruang untuk kolaborasi lebih erat dalam bidang kemanusiaan dan logistik antara Malaysia dan Rusia.