Lawatan Delegasi Pasukan RUS-03 ke United Nations Humanitarian Response Depot (UNHRD) KL
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Lawatan Delegasi Pasukan RUS-03 ke United Nations Humanitarian Response Depot (UNHRD) KL | 20 Jun 2025 | Subang, Selangor
Sebagai sebahagian daripada penutup lawatan rasmi mereka, delegasi Pasukan RUS-03 telah melawat kemudahan United Nations Humanitarian Response Depot (UNHRD) KL yang merupakan salah satu daripada enam hab logistik bencana global di bawah kelolaan World Food Programme (WFP).
Lawatan ini turut mencerminkan komitmen berterusan Malaysia, melalui NADMA, dalam memperkukuh sistem logistik kemanusiaan serantau terutamanya rantau ASEAN melalui kerjasama erat dengan Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan ASEAN (AHA Centre) dan UNHRD KL menerusi inisiatif Disaster Emergency Logistics System for ASEAN (DELSA).
Ketibaan delegasi telah disambut oleh YBrs. Encik Rusli bin Ibrahim, Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan NADMA; Encik Krishna Putra Tanaja, Timbalan Pengarah Eksekutif AHA Centre; serta Encik Judson Chhabra, Pengurus Hab UNHRD KL. Delegasi telah diberikan taklimat menyeluruh oleh Encik Judson dan Encik Halanson Roy Simanjuntak - Pegawai Logistik AHA Centre, yang memperincikan peranan strategik gudang ini dalam menyokong kesiapsiagaan dan tindak balas segera terhadap bencana di rantau ASEAN, termasuk peranan NADMA sebagai antara focal point utama bagi DELSA di Malaysia.
Seterusnya, delegasi dibawa meninjau fasiliti penyimpanan dan pengurusan peralatan bantuan kemanusiaan, yang menjadi komponen penting dalam memastikan penghantaran bantuan secara cekap, pantas dan bersepadu semasa kecemasan. Lawatan ini bukan sahaja memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Rusia, tetapi juga mempamerkan peranan aktif Malaysia dalam ekosistem bantuan kemanusiaan serantau.