Kunjungan Hormat Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Kedah atas Ketua Pengarah NADMA
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Kunjungan Hormat Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Kedah atas Ketua Pengarah NADMA | 11 April 2025 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
Telah berlangsung satu sesi kunjungan hormat YBhg. Dato' Dr. Nadzman bin Mustaffa, Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pengurusan) Negeri Kedah atas YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA yang bertempat di Pejabat Ketua Pengarah NADMA, Putrajaya.
Kunjungan hormat ini turut dihadiri oleh Encik Mohd Amirul Adzha bin Mohd Sollehhuddin, Penolong Setiausaha Kerajaan (Pentadbiran Am dan Keselamatan) Negeri Kedah. Kunjungan hormat ini bertujuan untuk membincangkan dengan lebih lanjut berkenaan isu-isu pengurusan bencana susulan kunjungan hormat Ketua Pengarah NADMA ke Pejabat Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Kedah pada Disember 2024.
Antara isu yang dibincangkan termasuklah status semasa pewujudan State Disaster Command Centre (SDCC) Negeri Kedah, penambahbaikan sistem amaran awal di beberapa lokasi yang berpotensi bencana dan keperluan integrasi data bagi tujuan pengurusan bencana yang lebih sistematik.