PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

The 3rd Council of SEADRIF Members Meeting dan Bilateral Meeting SEADRIF - Malaysia

The 3rd Council of SEADRIF Members Meeting dan Bilateral Meeting SEADRIF - Malaysia | 9 April 2025 | Kuala Lumpur Convention Centre
 
Mesyuarat Council of SEADRIF Members telah dipengerusikan secara bersama oleh Ministry of Finance (MOF) Singapura dan MOF Jepun. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh ahli-ahli SEADRIF yang melibatkan MOF dari negara Kemboja, Indonesia, Lao PDR, Filipina, Singapura, Vietnam dan Jepun. Manakala, MOF Malaysia bersama NADMA, Bank Negara Malaysia, Majlis Keselamatan Negara serta Kementerian Ekonomi telah dijemput sebagai pemerhati.
 
Seterusnya, Mesyuarat Bilateral SEADRIF - Malaysia pula telah diketuai oleh Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Dasar) MOF Malaysia. Mesyuarat ini adalah bertujuan bagi memuktamadkan MoU di antara SEADRIF dan Kerajaan Malaysia. Encik Mohd Faizal bin Abd Hamid, Ketua Penolong Pengarah Kanan Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial (SPKS), NADMA turut menyumbang input agar “insurable interest for disaster coverage” bagi setiap negara-negara anggota ASEAN dikenalpasti. Di samping itu, mekanisme “parametric underwriting” juga perlu dilihat semula agar keperluan kerajaan berbanding commercial underwriting process dapat diintegrasikan.
 
Kedua-dua mesyuarat telah dihadiri oleh Encik Mohd Faizal bin Abd Hamid, Ketua Penolong Pengarah Kanan SPKS dan Encik Muhamad Faid bin Nazri, Penolong Pengarah Kanan II Seksyen Dasar dan Perancangan, NADMA.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search