PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Majlis Penutup Program Ihya' Ramadan dan Berbuka Puasa NADMA Tahun 2025

26 Mac 2025 - Telah berlangsung Majlis Penutup Program Ihya' Ramadan dan Berbuka Puasa NADMA Tahun 2025 yang diadakan di Markas Pasukan SMART, Pulau Meranti, Puchong. Dianggarkan seramai 400 orang warga NADMA dan SMART serta ahli keluarga telah hadir bagi memeriahkan majlis.
 
Antara aktiviti yang diadakan ialah gotong- royong memasak bubur pulut hitam dan kuih buah melaka pada sesi pagi. Manakala pada sesi petang, Ceramah Ramadan telah disampaikan oleh Ustaz Syahmi Syazeril Azmi yang bertajuk 'Anugerah Lebih Baik Dari 1000 Bulan'.
 
Turut diadakan juga penyampaian cenderamata yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA kepada peserta tadarus dan penyampaian sumbangan Aidilfitri daripada Kelab Bukit Perdana Jabatan Perdana Menteri (JPM).
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search