PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

INSARAG Steering Group Meeting

INSARAG Steering Group Meeting | 23 hingga 28 Mac 2025 | Geneva

Telah berlangsung Mesyuarat INSARAG Steering Group yang dianjurkan oleh INSARAG, UNOCHA. Seramai 142 orang wakil dari 18 buah negara serta NGO hadir ke mesyuarat ini, manakala 40 buah negara lagi menyertai secara online. Delegasi Malaysia terdiri daripada Encik Muhammad Ridzuan bin Zawawi, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA; PgKB I Mohd Khairul bin Jamil, Komander Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) dan Encik Rosli bin Shaari, Pegawai Penempatan Khas NADMA.

Mesyuarat ini diadakan bertujuan untuk meraikan Tahun Ke-20 IEC/R INSARAG dan Tahun Ke-10 inisiatif EMT WHO, sesi ini memberikan fokus kepada transformasi serta jaminan kualiti dalam tindak balas kemanusiaan. Melalui sesi ini, delegasi telah membincangkan halatuju dan sumbangan kolektif INSARAG dan EMT. Perbincangan panel memfokuskan penyertaan pasukan yang telah memainkan peranan penting dalam membentuk sistem ini.

Wakil negara telah berkongsi pengalaman dan pandangan tentang proses jaminan kualiti dan menjelaskan cabaran seperti kemampanan, permintaan sumber serta cadangan resolusi mengekalkan momentum dalam rangka kerja yang kebanyakannya didorong oleh kesukarelawanan. Sesi ini juga membincangkan penambahbaikan serta sumbangan oleh INSARAG dan EMT kepada komuniti yang terjejas bencana melalui sistem yang lebih efisien dan cekap.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search