Sesi Taklimat kepada Peserta TTX Cobra Gold 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Sesi Taklimat kepada Peserta TTX Cobra Gold 2025 | 18 hingga 28 Februari 2025 | Hotel Eastern Grand Palace Pattaya, Thailand
Telah berlangsung sesi taklimat kepada peserta serta delegasi TTX Cobra Gold 2025 yang disampaikan oleh Lt Kol (PA) Dr. Ajantha Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA mengenai peranan NADMA serta ATM dalam HADR di dalam negara dan luar negara dari perspektif pengurusan bencana di Malaysia (Roles of civil agencies in HADR).
Selain itu, PgKB I Mohd Khairul bin Jamil, Komander Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah diminta untuk memberikan pandangan serta input bagi demonstrasi yang akan dijalankan di Disaster Relief Trainning Centre, Cheongchangsao. Sesi taklimat ini telah memberikan pendedahan berkenaan peranan ketenteraan dan NDMO dalam kerjasama bagi HADR diperingkat domestik, rantau ASEAN dan antarabangsa kepada 131 peserta antarabangsa.