PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Sesi Perbincangan Kaedah Pendaftaran dan Pembayaran BWI bagi Negeri Sarawak

Sesi Perbincangan Kaedah Pendaftaran dan Pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) bagi Negeri Sarawak | 27 Februari 2025 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
 
Telah berlangsung Sesi Perbincangan Kaedah Pendaftaran dan Pembayaran BWI bagi Negeri Sarawak yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) NADMA. Perbincangan ini telah dihadiri oleh delegasi dari Pejabat Timbalan SUK Sarawak, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sarawak, Pengarah Bahagian Kebajikan Produktif JKM, Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial NADMA serta pegawai-pegawai lain.
 
Tujuan perbincangan diadakan adalah bagi meneliti isu dan memberi penjelasan mengenai kaedah pendaftaran dan pembayaran BWI kepada mangsa bencana di negeri Sarawak. Setakat ini, Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak melaporkan baru menerima senarai nama 447 Ketua Isi Rumah (KIR) dari anggaran 5,012 KIR yang berpindah di Pusat Pemindahan Sementara (PPS). Dianggarkan juga seramai 31,918 KIR yang tidak berpindah ke PPS tetapi turut terjejas dengan bencana. Pihak JKM pula melaporkan terdapat senarai nama 4,640 KIR yang telah berdaftar di PPS dalam sistem InfoBencanaJKM bagi negeri Sarawak. Justeru, NADMA telah meminta JPBN Sarawak untuk mempercepatkan pembayaran BWI kepada KIR mangsa bencana yang telah berpindah dan berdaftar di PPS terlebih dahulu berpandukan senarai nama sedia ada.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search