Program Pasca Majlis Penyerahan Bantuan kepada Mangsa Bencana
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
22 Februari 2025 – YBrs. Tuan Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA telah turun padang bersama Pasukan Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) dalam program pasca majlis penyerahan bantuan kepada mangsa bencana. Bantuan telah disampaikan kepada 500 Ketua Isi Rumah (KIR) mangsa banjir di sekitar kawasan Kubang Pasu dan Jitra, Kedah.
Majlis ini juga telah menghimpunkan seramai hampir 800 orang penduduk sekitar dengan melibatkan pelbagai peringkat komuniti turut didedahkan dengan peranan BSMM sebagai Auxiliary Body seperti digariskan oleh Arahan NADMA No.1 yang turut melaksanakan tugasan pasca dan memberikan bantuan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) - daftar, selenggara, masak, keperluan, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) - kecemasan, kesihatan dan agensi-agensi lain - menyelamat, memindah mangsa. Di samping itu, BSMM akan digerakkan lebih aktif bersama NGO Rakan NADMA bagi membantu tugasan pasca terutama pendaftaran mangsa di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).