PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Bengkel Kerja Penyelarasan Maklumat Kerosakan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Premis Sekolah Milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)

BENGKEL KERJA PENYELARASAN MAKLUMAT KEROSAKAN PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) PREMIS SEKOLAH MILIK KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM) | 13 & 14 JANUARI 2025 | Terengganu

Telah berlangsung Sesi Bengkel & Mesyuarat Penyelarasan Maklumat Kerosakan Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Premis Sekolah Milik Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM). YBrs. Tuan Hussain bin Moh, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana) telah mengetuai NADMA dalam sesi ini bersama Ir. Haji Malek bin Hisham, Pengarah Seksyen Teknikal & Infrastruktur serta En. Abdul Raof bin Zahari, Timbalan Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti & Sosial. Turut hadir ialah En. Kamsah@ Kamal Bin Mohamed, Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu serta pegawai-pegawai KPM yang secara langsung dalam melaksanakan perolehan pembaikan kecil PPS yang telah digunakan mangsa semasa berlakunya bencana.

Sesi ini bertujuan memfokuskan berkaitan kerosakan PPS premis KPM yang telah digunakan semasa Monsun Timur Laut (MTL) 2024/2025 yang bermula pada 5 November 2024. Sejak MTL 2024/2025 bermula sehingga 31 Disember 2024, terdapat sebanyak 479 buah premis KPM di seluruh negara yang telah digunakan sebagai PPS.

Selain itu, YBrs. Tuan Hussain bin Moh juga turut melawat tapak Pusat Pemindahan Kekal Bencana (PPKB) di S.K Banggol Peradong, Kuala Terengganu. Beliau juga telah berkesempatan membuat kujungan hormat keatas YBrs. Tuan Haji Jelani bin Sulong, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu. Di samping itu, Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah menyambut baik dan berterima kasih kerana Kerajaan Persekutuan melalui NADMA prihatin terhadap kerosakan fasiliti yang digunakan di PPS milik KPM.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search