πππππππ πππππππππ ππππ ππ’ππ ππππ ππππ & πππππππππππ ππππππππππ πππππ ππ ππππππ πππππ , πππππ πππππππ | ππ π πππππππ ππππ
- Faiz
- Program dan Latihan
Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) telah menerima lawatan rasmi delegasi pensyarah daripada Institut Biodiversiti dan Pembangunan Lestari (IBSD), Universiti Teknologi MARA (UiTM) bersama wakil dari Ritsumeikan University, Jepun.
Β
Lawatan delegasi ini juga dibuat kepada Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Pusat Kecemerlangan Pengurusan Bencana Malaysia (MYCEDM) dan seterusnya ke tapak simulasi Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Β
Lawatan ini bertujuan untuk memberi pendedahan secara langsung kepada delegasi berkenaan keupayaan dan kepakaran SMART dalam pengendalian operasi menyelamat, khususnya melalui modul ππ³π£π’π― ππ¦π’π³π€π© π’π―π₯ ππ¦π΄π€πΆπ¦ (ππππ) melibatkan operasi menyelamat runtuhan bangunan.
Β
Lawatan ini diharap dapat memperkukuh jaringan kerjasama akademik dan teknikal antara institusi pengajian tinggi serta agensi penyelamat, khususnya dalam bidang pengurusan risiko bencana.
Β
