PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Program dan Aktiviti

Previous Next

Kunjungan Hormat Delegasi Washington National Guard ke atas Agensi Pengurusan Bencana Negara

KUNJUNGAN HORMAT DELEGASI WASHINGTON NATIONAL GUARD KE ATAS AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA | 15 November 2024 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
 
Delegasi Washington National Guard, yang diketuai oleh Maj. Gen. Gent Welsh, Adjutant General, Washington Military Department telah mengadakan kunjungan hormat ke atas Agensi Pengurusan Bencana Negara. Kunjungan hormat ini adalah bertujuan untuk membincangkan hasrat Ketua Pengarah NADMA berhubung peluang kerjasama dan pembangunan kapasiti bersama pihak Amerika Syarikat.
 
Kunjungan hormat ini telah diketuai oleh YBrs. Encik Addyhanis bin Ahamad, Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi. Turut hadir ialah YBrs. Encik Rusli bin Ibrahim, Pengarah (Dasar dan Perancangan), Ketua Penolong Pengarah Kanan (Pelaksanaan Operasi), Ketua Penolong Pengarah (Logistik), Penolong Pengarah Kanan (Penyelarasan Operasi), dan Pegawai-Pegawai Seksyen Dasar dan Perancangan.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search