YAB Perdana Menteri Melawat Mangsa Banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Negeri Kedah
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
YAB PERDANA MENTERI MELAWAT MANGSA BANJIR DI PUSAT PERMINDAHAN SEMENTARA (PPS) NEGERI KEDAH | 21 September 2024
YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri telah membuat lawatan ke Negeri Kedah untuk meninjau keadaan banjir dan melawat mangsa banjir yang ditempatkan di beberapa PPS di negeri tersebut. YBhg. Datuk Khairul Shahril bin Idrus, Ketua Pengarah NADMA turut hadir bersama.
YAB Perdana Menteri diberi taklimat berkenaan situasi terkini banjir dan membuat tinjauan di 3 PPS iaitu Stadium Sultan Abdul Halim, Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Kedah dan Sekolah Kebangsaan Titi Gajah.
Kejadian banjir di Kedah kali ini melibatkan 6 buah daerah iaitu Kubang Pasu, Pokok Sena, Kota Setar, Pendang, Kuala Muda dan Bandar Baharu.