Program Kesiapsiagaan dan Latihan Tabletop Kecemasan Radiologikal Peringkat Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Tahun 2024
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
PROGRAM KESIAPSIAGAAN DAN LATIHAN TABLETOP KECEMASAN RADIOLOGIKAL PERINGKAT JABATAN KESIHATAN NEGERI SELANGOR TAHUN 2024 | 24 SEPTEMBER 2024 | MENARA PKNS, PETALING JAYA, SELANGOR
Kursus ini anjuran Unit Kawalsedia Radiasi Perubatan, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor. Kursus ini bertujuan untuk memberi latihan berkenaan peranan, tanggungjawab dan respon anggota perubatan yang terlibat dalam menangani kejadian kecemasan radiologikal di peringkat hospital dan daerah negeri Selangor. Pihak penganjur telah menjemput wakil NADMA iaitu Dr Ajantha A/P Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi untuk menyampaikan ceramah bertajuk "Pengenalan kepada Arahan Majlis Keselamatan No. 20 (MKN 20)".