MITOS ATAU FAKTA? JEREBU, JANGAN MUDAH TERPEDAYA!
Jerebu bukan sekadar menyebabkan udara kelihatan berkabus. Zarah pencemar halus boleh menjejaskan kesihatan walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar, manakala kesannya boleh dirasai oleh semua golongan, khususnya kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan.
Jangan mudah percaya pada mitos! Pantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU), kurangkan aktiviti luar apabila kualiti udara tidak sihat dan ambil langkah sewajarnya untuk melindungi diri serta keluarga.
KEKAL SIHAT SEMASA JEREBU
Jerebu boleh menjejaskan kesihatan, khususnya golongan kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan. Sepanjang Fasa Peralihan Monsun 2026, orang ramai disarankan mengambil langkah berjaga-jaga, termasuk menggunakan pelitup muka yang sesuai seperti N95 bagi membantu mengurangkan pendedahan kepada partikel halus jerebu.
JEREBU: PAKAI PELITUP MUKA, LINDUNGI PERNAFASAN!
Jerebu boleh menjejaskan kesihatan dan aktiviti harian. Seiring dengan Fasa Peralihan Monsun 2026, orang ramai disaran agar sentiasa berwaspada dan mengambil langkah berjaga-jaga bagi mengurangkan pendedahan kepada udara tercemar.
Pakai pelitup muka dengan betul, kurangkan aktiviti luar apabila kualiti udara tidak sihat serta pantau bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) melalui sumber rasmi. Lindungi diri dan keluarga, kerana kesihatan perlu diutamakan
FASA PERALIHAN MONSUN 2026: KELUARGA SIAGA, KESIHATAN TERJAGA!
Jerebu boleh menjejaskan kesihatan, khususnya kanak-kanak, warga emas dan individu yang mempunyai masalah kesihatan. Oleh itu, setiap keluarga perlu membuat persediaan awal bagi mengurangkan risiko pendedahan kepada udara tidak sihat.
Hadkan aktiviti luar apabila perlu, pastikan keperluan asas dan bekalan ubat mencukupi serta simpan nombor telefon penting. 𝗦𝗲𝗻𝘁𝗶𝗮𝘀𝗮 𝗶𝗸𝘂𝘁𝗶 𝗺𝗮𝗸𝗹𝘂𝗺𝗮𝘁 𝗿𝗮𝘀𝗺𝗶 demi menjaga kesihatan dan keselamatan keluarga.
Belanjawan 2027
- Admin UKK
- Infografik dan Poster
NADMA menyambut baik Belanjawan 2027 yang telah dibentangkan.
Terima kasih Anwar Ibrahim
