PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

Previous Next

Bengkel Projek Pembangunan RP1 Tahun 2026 RMK13 NADMA | 10 hingga 12 November 2025 | Villea Port Dickson, Negeri Sembilan
 
YBrs. Tuan Haji Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA telah merasmikan bengkel Projek Pembangunan RP1 Tahun 2026 RMK13 NADMA yang disertai seramai 20 orang peserta dari semua seksyen NADMA.
 
Objektif utama penganjuran bengkel ini adalah untuk menyelaras peranan dan tanggungjawab pihak yang berkaitan dalam projek pembangunan NADMA serta menyediakan brif projek, cadangan skop dan kos bagi projek baharu RP1 RMK13.
 
Selain itu, bengkel ini dilaksanakan untuk menyediakan jadual pelaksanaan dan perbelanjaan projek RP1 RMK13 bagi memastikan perancangan projek mengikut jadual yang telah dirancang.
Previous Next

Kunjungan Hormat Brigedier Jeneral Rejimen 502 Askar Wataniah | 12 November 2025
 
Ketua Pengarah NADMA, Datuk Abdul Halim Hamzah telah menerima kunjungan hormat daripada Brigedier Jeneral Ridzwan Shoib, Komander Rejimen 502 Askar Wataniah, di Ibu Pejabat NADMA Putrajaya.
 
Kunjungan hormat ini bagi meneroka kerjasama dan memperkukuh hubungan antara Rejimen 502 Askar Wataniah, Kem Sungai Buloh dengan NADMA selaku agensi peneraju pengurusan bencana negara.
 
Antara perkara yang dibincangkan ialah mengenai pengurusan hubungan antarabangsa dengan Türkiye melalui AFAD serta peluang latihan bersama di antara Rej 502 Askar Wataniah dengan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).
 
Kunjungan hormat ini turut disertai oleh Leftenan Kolonel Mukhriz Hj Kamarudin dan Mejar Izzudin Dato’ Abidin. Turut hadir dari NADMA ialah PgKB I Abdul Manaf Che Isa, Komander SMART dan En. Shanmugam a/l Gopalan, Seksyen Penyelarasan Operasi.
Previous Next

Majlis Peluncuran dan Libat Urus Pelan Tindakan Sekuriti Kesihatan Kebangsaan (MyNAPHS) 2025-2030 | 11 November 2025 | Hotel Zenith, Putrajaya
 
Telah berlangsung Majlis Peluncuran dan Libat Urus Pelan Tindakan Sekuriti Kesihatan Kebangsaan (MyNAPHS) 2025-2030 yang disempurnakan oleh YBhg. Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dan turut serta Dr Rabindra Abeyasinghe, Wakil World Health Organization (WHO). Dr Ajantha A/P Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA juga telah hadir ke majlis peluncuran ini.
Previous Next

Program Siapsiaga Bencana Peringkat Komuniti | 8 November 2025 | Masjid Tasek Gondang, Rantau Panjang, Kelantan

Program ini telah berjaya menghimpunkan lebih 300 orang peserta dari Kampung Tasek Gondang & Kampung Berek Pok Tua Long yang bertujuan untuk meningkatkan kesiapsiagaan komuniti serta memperkukuh jaringan kerjasama antara agensi kerajaan, NGO dan masyarakat setempat.

Program ini ditaja oleh Yayasan Hasanah dan Yayasan Waqaf Malaysia yang dianjurkan oleh Pertubuhan Gabungan Bantuan Bencana NGO Malaysia (BBNGO) dengan kerjasama NADMA, JBPM Rantau Panjang, IPD Pasir Mas, JKM (Pasir Mas & Putrajaya), USM (Jabatan Perubatan Kecemasan & Psikiatri), pelajar USM Kampus Kesihatan serta Red A Humanitarian Global.

Majlis penutupan telah disempurnakan oleh Encik Jefny Muhammad, Pengarah Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial NADMA. Beliau turut menyerahkan kit kesiapsiagaan bencana (khemah, generator, waterjet, kit kebersihan, makanan, tikar dan lain-lain) kepada wakil komuniti untuk kegunaan di PPS Masjid Tasek Gondang & PPP Kampung Berek Pok Tua Long.

Program ini telah berjaya mencapai objektifnya dalam meningkatkan kesedaran, pengetahuan dan kemahiran komuniti terhadap pengurusan risiko bencana serta memperkukuh sinergi komuniti–agensi penyelamat.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search