PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

Previous Next

Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (BERSAMA) - KPSM (B) Siri 54/2025 | 3 November 2025 | Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS), Putrajaya
 
Telah berlangsung Kursus Pemerintahan dan Staf Malaysia (BERSAMA) - KPSM (B) Siri 54/2025 yang bertujuan untuk menunjukkan keupayaan mengaplikasi prinsip-prinsip Join Operation Planning Process (JOPP) dalam pelaksanaan Humanitarian Assitance and Disaster Relief (HADR) di peringkat operasi menganalisis komponen utama JOPP serta integrasi dalam pelaksanaan operasi HADR di peringkat operasi.
 
Selain itu, ia juga untuk menganalisis interaksi dan sokongan antara fungsi-fungsi operasi dalam rangka kerja Warfighting or Group of Systems Framework (WoGoS) semasa pelaksanaan operasi HADR. Seramai 180 orang pegawai dari tiga (3) perkhidmatan iaitu Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM). Dr Ajantha A/P Segarmurthy, Timbalan Pengarah Seksyen Penyelarasan Operasi NADMA telah dijemput untuk menyampaikan taklimat bertajuk "The Role of NADMA in HADR".
Previous Next

Kursus Profesional Pemanduan 4x4: Pengendalian Defensif, Navigasi dan Operasi Hutan, NADMA Tahun 2025 | 31 Oktober hingga 2 November 2025 | 2K Hotspring Campsite, Ulu Yam, Selangor
 
Telah berlangsung Kursus Profesional Pemanduan 4x4: Pengendalian Defensif, Navigasi dan Operasi Hutan, NADMA Tahun 2025 yang dirasmikan oleh Encik Meor Hijdayat Ismail, Pengarah Bahagian Khidmat Pengurusan NADMA. Seramai 24 orang pegawai dan kakitangan NADMA serta anggota Pasukan SMART telah menyertai kursus ini.
 
Tujuan utama penganjuran kursus ini adalah untuk meningkatkan kualiti dan prestasi pemandu bagi peningkatan kerjaya dan kualiti berdasarkan keperluan kerja yang ditetapkan oleh pihak pengurusan jabatan. Skop kursus ini amat bersesuaian bagi peningkatan kemahiran dan pengetahuan terutamanya bagi pemandu yang terlibat dengan operasi bencana.
 
Antara aktiviti yang telah dilaksanakan sepanjang kursus ini antaranya ialah:
a) kawalan dan pemanduan 4x4 di dalam hutan/ off road
b) pemanduan komentari ke Genting Highland ketika waktu malam
c) pemanduan tanpa penglihatan (Blind Driving)
d) pengendalian defensif dan navigasi kenderaan
e) penjagaan kenderaan
 
Diharapkan kursus ini dapat memberikan pengetahuan dan kemahiran penting kepada peserta agar menjadi pemandu yang berdisiplin, berhemah dan mematuhi undang-undang jalan raya.
Previous Next

Program Latih Amal dan Simulasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) serta Kempen Pendaftaran Awal Maklumat Mangsa Bencana ke dalam Sistem MYIBJKM Peringkat Negeri Sarawak 2025 Anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Sarawak | 1 November 2025
 
YBrs. Tuan Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA telah hadir ke Program Latih Amal dan Simulasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) serta Kempen Pendaftaran Awal Maklumat Mangsa Bencana melalui sistem MYIBJKM. Program ini telah dirasmikan oleh YB Dato Sri Hajah Nancy Shukri, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang bertempat di Wisma Serbaguna Dewan Kebajikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Negeri Sarawak.
 
Wakil dari Seksyen Pembangunan Komuniti dan Sosial NADMA telah ditugaskan bagi menyampaikan taklimat berkaitan kaedah pembayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) yang baru kepada petugas-petugas yang bertugas di PPS dan sukarelawan JKM serta Ketua Masyarakat Ketua Kaum (KMKK) seluruh Daerah Kuching, Samarahan dan Serian. Semoga program ini akan dapat memberikan pemahaman yang lebih mendalam kepada petugas-petugas semasa bertugas di PPS dan mampu memberikan jawapan yang tuntas berkaitan BWI semasa di lapangan nanti.
Previous Next

Kursus Pengendalian Bot Ketika Bencana dan Majlis Pelepasan Rakan NADMA Zon Utara untuk Persediaan Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 | 30 Oktober 2025 | UNIKL Lumut, Perak
 
Kursus anjuran Rakan NADMA Akademia UNIKL ini menyaksikan penglibatan peserta daripada kalangan Rakan NADMA NGO yang memiliki bot dan bersedia untuk dipasang alat pengesanan (tracing device Long Range Wide Area Network – LORAWAN) bagi tujuan penyelarasan dan penggerakan aset semasa bencana. Kursus ini adalah sebahagian daripada langkah awal bagi memastikan kesiapsiagaan misi-misi bantuan selepas MTL 2025/2026 terutamanya operasi bot di kawasan yang memerlukan pertolongan segera.
 
Kerjasama antara NADMA, Rakan NADMA Akademia dan Rakan NADMA NGO melalui kursus ini turut mengukuhkan lagi hubungan strategik antara rangkaian Rakan NADMA di seluruh negara. Majlis penutup kursus telah dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Hussain Moh, Timbalan Ketua Pengarah Pasca Bencana NADMA yang turut menyampaikan sijil kepada para peserta dan menyempurnakan pelepasan Rakan NADMA Zon Utara untuk misi bantuan Pasca MTL 2025/2026.
 
Penyelarasan bersama penggunaan sumber secara optimum serta solidariti antara Rakan NADMA NGO, korporat dan akademia bukan sekadar simbolik, malah satu janji untuk terus membantu mereka yang memerlukan. Pelepasan Rakan NADMA Zon Utara adalah sebahagian daripada siri pelepasan Rakan NADMA di enam (6) zon yang telah bermula di Jerantut, Pahang sempena Bulan Kesiapsiagaan Nasional 2025.
Previous Next

Sesi Libat Urus bersama Media: Kesiapsiagaan Menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 | 30 Oktober 2025
 
Sesi Libat Urus bersama media bagi membentangkan tahap kesiapsiagaan kerajaan menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2025/2026 telah berlangsung hari ini di Dewan Wawasan, Markas SMART, Pulau Meranti, Puchong.
 
Program anjuran NADMA ini telah menghimpunkan pelbagai agensi utama dalam lapangan pengurusan bencana termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Jabatan Meteorologi Malaysia (MET Malaysia), Jabatan Pengairan dan Saliran Malaysia (JPS), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) untuk membentangkan langkah persiapan dan pelan tindakan bagi menjelang MTL yang dijangka bermula awal November ini.
 
Sesi ini turut menjadi platform penting untuk memperkukuh kerjasama antara agensi dan mempertingkatkan kefahaman media dalam menyampaikan maklumat bencana secara tepat, pantas dan bertanggungjawab kepada rakyat. Inisiatif ini seiring dengan pendekatan “Siaga Bencana, Tanggungjawab Bersama” yang menandakan komitmen berterusan kerajaan dalam memperkukuh kesiapsiagaan negara menghadapi cabaran bencana yang semakin kompleks.
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search