PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

‘Tengah bawa kereta terasa bergoyang, kuat ribut malam ini’

PETALING JAYA – Beberapa kawasan sekitar Lembah Klang mengalami hujan lebat, ribut petir beserta angin kencang malam ini.

Tinjauan Kosmo! di media sosial mendapati antara kawasan yang terlibat termasuklah Shah Alam, Puchong, Lembah Pantai, Wangsa Maju serta sekitar ibu kota.

Menurut seorang pengguna di Shah Alam yang dikenali sebagai Siti memaklumkan, ribut bersama hujan lebat itu berlaku kira-kira pukul 10 malam.

“Tengah bawa kereta terasa bergoyang, angin kuat sangat malam ini,”katanya.

Sementara itu, seorang lagi pengguna turut berkongsi keadaan ibut di Pasar Chow Kit sebentar tadi.

“Tengah lepak minum, sekali dia mai, lintang pukang cari tempat teduh. Kekadang fikir juga apalah nasib peniaga-peniaga kecil ini.

“Hanya mencari nafkah untuk dimakan untuk keluarga, ketika ribut melanda habis semua barang-barang mereka basah,”kata pengguna terbabit.

Terdahulu Kosmo! melaporkan, sembilan negeri mengalami hujan lebat, ribut petir beserta angin kencang sehingga pukul 2 pagi nanti.

Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) antara negeri yang terlibat adalah Pahang, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.-KOSMO! ONLINE

Flash floods hit KL again with several roads impassable to traffic

KUALA LUMPUR, April 25 — Government authorities have confirmed flash floods in a few areas in Klang Valley this evening, especially within the capital city.

Kuala Lumpur City Hall (DBKL) confirmed in a statement on Facebook today that at least 11 roads have been affected by the flood namely; Jalan Kuching, Jalan Tuanku Abdul Halim, Jalan Semantan, Pintasan Segambut, Jalan Segambut, Jalan Kinabalu (Bulatan Merdeka), Jalan Changkat Thambi Dollah, Lebuhraya Sultan Iskandar, Jalan Travers, Bulatan Dato Onn, and Jalan Melaka.

As of 4.30pm today, the capital city council said that its officers have arrived at the scenes to control traffic.

Meanwhile, Kuala Lumpur police have warned the public on its Facebook page that water levels have risen up to knee-level in the same areas, and that the Sungai Toba siren in Segambut has been triggered due to overflowing.

Earlier today, the Malaysian Meteorological Department (MetMalaysia) warned that all areas in Kuala Lumpur, a few areas in Selangor and most parts of the country will be affected by dangerously high levels of rain until 8pm today.

In December last year, Klang Valley experienced one of its worst flash floods in recent history, severely affecting areas such as Shah Alam, Klang and Kuala Lumpur — displacing thousands, killing 25 people and causing losses worth RM3.1 billion in Selangor.

The floods, which started following heavy rains on December 17, sparked intense debate within Malaysia on how mitigation efforts need to be improved.

Selangor Mentri Besar Datuk Seri Amirudin Shari at the time said that authorities were not prepared to handle the amount of rainfall distribution from the downpour, which reached 380mm — the highest recorded in Selangor.

Ribut, angin kencang di 9 negeri sehingga pukul 2 pagi

PETALING JAYA –  Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) memaklumkan, sembilan negeri akan mengalami hujan lebat serta ribut petir sehingga pukul 2 pagi nanti.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya, MetMalaysia berkata, antara negeri terlibat adalah Pahang, Selangor, Putrajaya, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

 “Di Pahang ia melibatkan kawasan sekitar Bentong, Temerloh, Maran, Kuantan, Bera, Pekan dan Rompin.

“Untuk Johor pula ia melibatkan kawasan Tangkak, Segamat, Muar dan Batu Pahat,”katanya.

MetMalaysia menambah, hujan lebat dan ribut petir juga akan berlaku di seluruh negeri Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan dan Melaka.

“Untuk Sarawak pula, ia melibatkan kawasan Kuching, Serian, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah (Tanjung Manis dan Daro), Kapit (Song dan Kapit), Bintulu (Tatau), Miri dan Limbang.

“Di Sabah ia melibatkan kawasan Pedalaman (Sipitang, Tenom dan Nabawan) dan Sandakan (Tongod),”ujarnya.-KOSMO! ONLINE

Beaufort, Segamat masih dilanda banjir

KUALA LUMPUR, 17 April- Seramai 155 orang daripada 54 keluarga terjejas banjir di Sabah, setakat pada pukul 6.00 pagi tadi.

Jumlah berkenaan tidak berubah berbanding pada pukul 12.00 tengah malam tadi.

Menurut Portal Bencana Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC), Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), banjir hanya melibatkan daerah Beaufort.

Hanya satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di daerah itu. Selain Sabah, Johor turut dilanda banjir.

Bagaimanapun, ia hanya melibatkan daerah Segamat. "Di Segamat, 56 orang daripada 17 keluarga masih kekal berada di PPS, berbanding tengah malam tadi.

"Ia membabitkan dua PPS di daerah tersebut," menurut kenyataan berkenaan.

Kerajaan Selangor nafi penempatan sementara mangsa ‘terpencil’

SEPANG: Kerajaan Negeri Sela­ngor menafikan dakwaan ko­nonnya lokasi rumah sewa sementara bagi mangsa insiden letupan gas Putra Heights di Pangsapuri Seri Suria, Kota Wa­risan di sini terletak di kawasan yang terpencil.

Exco Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor, Datuk Borhan Aman Shah berkata, buat masa ini, lokasi ini paling sesuai kerana ia mempunyai unit kosong untuk disewa.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai beberapa unit kediaman lain berdekatan lokasi insiden namun, semuanya telah disewa kecuali di Pangsapuri Seri Suria ini.

“Sebenarnya kita melihat di mana ada kekosongan (unit kosong). Kami di Selangor ada beberapa tempat lain tetapi ia telah dipenuhi dengan penyewa.

“Tapi yang ada betul-betul kosong adalah di sini (Pangsapuri Seri Suria) dan hanya disini. Lagipun, dari Putra Heights ke sini lebih kurang 30 kilometer,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Kunci Penempatan Sementara kepada mangsa Insiden Letupan Paip Gas Putra Heights di Pangsapuri Seri Suria, Kota Warisan Sepang di sini, hari ini.

Katanya, pihaknya juga melihat ada mangsa-mangsa yang dahulunya berulang alik dari rumah mereka ke kawasan ini untuk bekerja sekali gus memudahkan mereka.

Borhan berkata, lebih menarik, rumah disediakan ini adalah unit rumah pangsa yang baharu serta lengkap fasiliti yang selesa.

Jelasnya lagi, mangsa yang memohon unit ini menerusi Skim Smart Sewa boleh mula menduduki tanpa sebarang deposit.

“Seperti yang kita janjikan, rumah ini kita tawarkan dengan sewa RM850 sebulan termasuk caj perkhidmatan. Harga pasaran sebenarnya RM1,200 dengan pelbagai kemudahan, dua lot parkir selain lampu, kipas, elektrik dan air disediakan.

“Dengan bantuan sewaan RM2,000 selama enam bulan dari kerajaan negeri maka, mereka ada lebihan lagi bantuan untuk menampung kos lain,” katanya.

Setakat ini, 75 mangsa telah berdaftar untuk memohon rumah ini dan menjangkakan separuh daripadanya memilih tawaran ini.

Penyewa juga boleh memohon untuk meneruskan sewaan selepas tempoh enam bulan berdasarkan kelayakan.

Sebelum ini, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menawarkan 100 unit rumah Smart Sewa di Sepang yang sebahagiannya dibiayai Kerajaan Selangor. – UTUSAN

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search