6 Disember 2025 - NADMA turut hadir bagi memeriahkan Sambutan Hari Keluarga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) yang bertempat di MAEPS, Serdang pada pagi tadi. Suasana penuh ceria dengan pelbagai aktiviti yang mengeratkan silaturahim antara warga kerja 🤝🏼✨
Kemeriahan reruai NADMA di Program Rancakkan MADANI Bersama Malaysiaku yang telah berlangsung selama 3 hari di Dataran Putrajaya, Putrajaya! Pelbagai peralatan operasi mencari dan menyelamat pasukan elit negara yang dipamerkan untuk meningkatkan kesedaran dan kesiapsiagaan komuniti💪🏻
Jom singgah ke reruai NADMA untuk mengenali peranan Pasukan SMART dengan lebih dekat🤩
Majlis Sambutan ke-25 Tahun Penubuhan United Nations Humanitarian Response Depot (UNHRD)
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Majlis Sambutan ke-25 Tahun Penubuhan United Nations Humanitarian Response Depot (UNHRD) | 4 Disember 2025 | Subang, Selangor
Telah berlangsung Majlis Sambutan ke-25 Tahun Penubuhan United Nations Humanitarian Response Depot (UNHRD) yang dihadiri oleh YBrs. Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Dasar bersama Encik Mohd Khairi Abd. Ghani, Pengarah Seksyen Logistik.
Wakil NADMA, Puan Che Siti Noor Koh Poh @ Che Mamat telah dilantik sebagai panel bagi sesi discussion yang bertajuk “The Future of Humanitarian Response.” Selain itu, satu sesi lawatan ke gudang turut diadakan untuk para hadirin bagi melihat keadaan serta kaedah penyimpanan yang diamalkan di UNHRD Subang.
Sesi Perbincangan bagi Cadangan Inisiatif Pengukuhan Depot Tindak Balas Kemanusiaan Negara (DTBKN) Tahun 2026
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Sesi Perbincangan bagi Cadangan Inisiatif Pengukuhan Depot Tindak Balas Kemanusiaan Negara (DTBKN) Tahun 2026 dan Sesi Lawatan Tapak DTBKN | 3 Disember 2025
Telah berlangsung sesi perbincangan bagi cadangan inisiatif pengukuhan Depot Tindak Balas Kemanusiaan Negara (DTBKN) tahun 2026 dan sesi lawatan tapak DTBKN yang dipengerusikan oleh YBrs. Encik Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Dasar NADMA.
Sesi perbincangan ini adalah bertujuan bagi memastikan DTBKN yang melibatkan tiga (3) buah gudang di Depot Simpanan Pertahanan (DSP) yang dijadikan sebagai one-stop centre. Ia untuk menyimpan stok bekalan makanan, barangan keperluan asas dan aset tindak balas bencana yang sentiasa berada dalam keadaan siap siaga dengan segala penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih serta keperluan kelengkapan operasi yang dilaksanakan dengan teratur.
Turun Padang YAB Timbalan Perdana Menteri ke Lokasi Banjir di Daerah Bagan Datuk
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
Turun Padang YAB Timbalan Perdana Menteri ke Lokasi Banjir di Daerah Bagan Datuk | 1 Disember 2025
Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim telah mengiringi YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri bagi meluangkan masa turun padang ke sekitar kawasan terkesan banjir di Bagan Datuk, Perak. Dalam sesi tersebut, YAB Timbalan Perdana Menteri telah mendapat taklimat mengenai keadaan semasa bagi tujuan gambaran keseluruhan situasi banjir yang menimpa daerah tersebut serta operasi pengurusan bencana oleh JPBD.
Tinjauan telah dibuat di tiga lokasi Pusat Pemindahan Sementara (PPS) iaitu:
a) Dewan Perdana Kompleks UMNO Bagan Datuk.
- 162 keluarga
- Mangsa 457 orang.
b) Dewan Pejabat Daerah dan Tanah Bagan Datuk
- 32 keluarga
- 126 mangsa
c) Dewan Kelab Belia dan Sukan Bagan Datuk
- 131 keluarga
- 362 mangsa
YAB Timbalan Perdana Menteri melahirkan rasa simpati atas musibah yang menimpa mangsa banjir di Bagan Datuk. Beliau juga minta supaya NADMA menyegerakan bayaran Bantuan Wang Ihsan (BWI) kepada KIR yang layak walaupun masih berada di PPS bagi tujuan meringankan beban mangsa.
Beliau juga berpuas hati dengan tindakan efisyen yang telah diambil oleh semua agensi termasuk penglibatan NGO dalam menguruskan mangsa banjir.
