PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

Previous Next

MESYUARAT KHAS JAWATANKUASA PENGURUSAN BENCANA DAERAH (JPBD) TEMERLOH DAN PENYAMPAIAN SUMBANGAN KEPADA MANGSA RIBUT DI TEMERLOH, PAHANG |Jumaat | 19 Disember 2025

Satu Mesyuarat Khas Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Temerloh telah diadakan bagi membincangkan persediaan pengoperasian banjir susulan kejadian banjir yang sedang melanda di Negeri Pahang.

Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan secara bersama oleh Tuan Meor Ismail Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA dan Dato’ Khairur Rizal Ramli, Pegawai Daerah Temerloh. Mesyuarat ini turut disertai oleh DCP Datuk Mazli Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, serta ketua-ketua jabatan dan wakil-wakil daripada agensi kerajaan yang berkaitan.

Selain itu, Ketua Pengarah NADMA turut menyantuni mangsa yang terjejas akibat bencana ribut di Kampung Tanjung Kerayong Lebak, Mukim Lebak seterusnya menyampaikan sumbangan bagi pihak Pejabat Daerah dan Tanah Temerloh.

Kesiapsiagaan ini dapat meningkatkan keberkesanan pengurusan bencana di Daerah Temerloh demi keselamatan dan kebajikan penduduk setempat.

Previous Next

Tinjauan Lapangan di Lokasi Bencana Banjir Monsun Timur Laut 2025/2026 Negeri Johor | 19 Disember 2025

YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA bersama-sama YB Raven Kumar a/l Krishnasamy, Pengerusi Jawatankuasa Perpaduan, Warisan dan Budaya Negeri Johor merangkap ADUN Tenggaroh dan Tuan Haji Jamil Hasni Abdullah, Pegawai Daerah Mersing merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Mersing serta wakil-wakil agensi kerajaan yang lain telah melakukan tinjauan lapangan di tiga (3) PPS iaitu SJK (C) Chiao Ching, SK Pusat Air Tawar dan SK Labong.

Antara tindakan yang dilaksanakan oleh JPBD Mersing adalah mengenakan pemakaian gelang tangan bagi mangsa-mangsa yang berada di PPS bertujuan untuk mengawal pergerakan keluar masuk di PPS. Selain itu, penanda aras juga turut dipasang di beberapa lokasi tumpuan supaya memudahkan mangsa-mangsa untuk berpindah ke PPS jika air melebihi tahap waspada. Pihak JPBD Mersing juga memohon tambahan pam air bergerak supaya dapat mengalirkan air yang termenung ke kawasan sungai berhampiran.

Previous Next

Tinjauan Lapangan di Lokasi Bencana Banjir Monsun Timur Laut 2025/2026 Negeri Pahang | 18 Disember 2025

YBhg. Datuk Dr. Abdul Gapar Haji Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah Operasi NADMA bersama-sama YB Dato' Sri Haji Johari Haji Hussain, ADUN Tioman dan Tuan Muhammad Hatta Kassim, Pegawai Daerah Rompin merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Rompin serta wakil-wakil agensi kerajaan yang lain telah melakukan tinjauan lapangan di dua (2) PPS iaitu Balai Raya Kampung Setajam dan SK Pianggu.

Selain itu, beliau turut diberikan taklimat oleh Pengerusi JPBD Rompin berkenaan status semasa lapan (8) buah PPS yang di buka di Daerah Rompin. Antara perkara utama yang diketengahkan adalah liputan talian yang lemah di beberapa PPS pedalaman.

Previous Next

SESI TINJAUAN SITUASI BANJIR DI SEKITAR KUANTAN, PAHANG OLEH YAB TIMBALAN PERDANA MENTERI | 18 DISEMBER 2025

YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Timbalan Perdana Menteri bersama-sama YB Puan Fadhlina Sidek, Menteri Pendidikan Malaysia, YB Dato’ Indera Mohd Shahar Abdullah, Timbalan Menteri Ekonomi Bersama-sama YAB Dato’ Sri Diraja Haji Wan Rosdy bin Wan Ismail, Menteri Besar Pahang diiringi Tuan Meor Ismail Meor Akim, Ketua Pengarah NADMA, YB Dato’ Sri Nazri bin Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Pahang, Kol (PA) Che Adam bin A. Rahman, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang serta wakil-wakil agensi kerajaan yang berkaitan telah membuat tinjauan bagi menilai situasi semasa banjir serta pengoperasian Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar Kuantan, Pahang.

Pegawai Daerah Kuantan selaku Pengerusi JPBD telah memberikan taklimat berhubung status semasa situasi bencana banjir di Negeri Pahang. Semua delegasi seterusnya mengadakan sesi lawatan dan tinjauan pengoperasian bencana banjir di sekitar Kampung Sri Damai dengan menaiki lori 5 tan. Delegasi juga membuat tinjauan di sekitar UniPSAS dengan menaiki kenderaan amfibia (Sealegs) dan Lokasi terakhir adalah di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Paya Besar.

Sesi lawatan dan tinjauan oleh kepimpinan tertinggi negara ini jelas mencerminkan keprihatinan, komitmen serta sokongan berterusan Kerajaan MADANI terhadap kebajikan mangsa bencana, di samping menghargai dedikasi dan pengorbanan para petugas barisan hadapan yang terlibat sepanjang operasi pengurusan bencana.

Previous Next

LAWATAN YANG AMAT MULIA TENGKU PANGLIMA RAJA KE PUSAT PEMINDAHAN SEMENTARA (PPS) SEKITAR KUANTAN, PAHANG | 18 DISEMBER 2025

Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja Brigedier Jeneral Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah mengadakan tinjauan ke tiga (3) buah Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di sekitar Kuantan, Pahang iaitu di:

1. PPS Dewan SUKPA
2. PPS Wisma Belia
3. PPS Dewan Datuk Seri Manan

Ketua Pengarah NADMA, Tuan Meor Ismail Meor Akim bersama-sama YB Dato’ Sri Nazri Abu Bakar, Setiausaha Kerajaan Pahang, Tuan Ahmad Rajiun Abu Bakar, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar), YDH DCP Datuk Mazli Mazlan, Pengarah Seksyen Pelaksanaan Operasi, Kol (PA) Che Adam A. Rahman, Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Negeri Pahang serta wakil-wakil agensi kerajaan yang berkaitan.

Semasa lawatan tersebut, Yang Amat Mulia Tengku Panglima Raja berkenan menerima taklimat oleh Pegawai Daerah Kuantan mengenai status semasa situasi bencana di negeri Pahang.

Dalam masa yang sama, Baginda turut berkenan menyampaikan sumbangan kepada mangsa-mangsa terjejas yang disalurkan melalui Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP).

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search