Lereng Gunung Kinabalu runtuh
- Admin UKK
- Berita
Kejadian sebabkan air Sungai Mesilau jadi berlumpur Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Ranau: Satu kejadian tanah runtuh di kaki Gunung Kinabalu di Mesilau, Kundasang dilaporkan berlaku semalam.
Runtuhan lereng gunung itu dipercayai berlaku jam 1.20 pagi dan hanya disedari orang ramai pagi semalam.
Kejadian itu menyebabkan air
Sungai Mesilau yang mengalir ke Sungai Liwagu di Ranau bertukar menjadi berlumpur.
Ia dikatakan hampir sama seperti kejadian banjir lumpur selepas gempa bumi berskala 5.9 skala Richter berpusat di Gunung Kinabalu, pada Jun 2015.
Rakaman video tular
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd
Taib, berkata pihaknya menerima maklumat daripada rakaman video yang tular di media sosial, pagi semalam.
Susulan itu katanya, sepasukan bomba digerakkan ke lokasi untuk menjalankan pemantauan.
“Pemantauan segera dijalankan berhampiran runtuhan bagi memastikan masyarakat di kawasan berhampiran selamat.
“Pemantauan turut dilakukan bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, kejadian berkenaan tidak membabitkan kerosakan harta benda.
“Anggota terlibat masih menjalankan pemeriksaan berhampiran lokasi runtuhan,” katanya.