PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Infografik

Previous Next

NADMA-UMT Teroka Kolaborasi Strategik | 10 September 2025
 
Ketua Pengarah NADMA, Datuk Abdul Halim Hamzah telah menerima kunjungan hormat daripada Dr. Jaharudin Padli Al Banjari, Pensyarah Kanan, Fakulti Perniagaan, Ekonomi dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya.
 
Kunjungan hormat ini bertujuan meneroka kolaborasi strategik antara dua organisasi dalam bidang penulisan dan penerbitan ilmiah berkaitan pengurusan bencana. Sesi ini turut disertai oleh Datuk Seri Dr. Mohd Azhar Yahaya, Pengerusi Kumpulan Modal Perdana Sdn Bhd manakala pihak NADMA pula disertai oleh Siti Mariam Abu, Ketua Penolong Pengarah, Seksyen Mitigasi.
Previous Next

Program Pengurusan Risiko Bencana Gempa Bumi bersama Pemimpin Komuniti Daerah Segamat | 3 September 2025
 
Telah berlangsung Program Pengurusan Risiko Bencana Gempa Bumi bersama Pemimpin Komuniti Daerah Segamat yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah (JPBD) Segamat dengan kerjasama NADMA, Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) serta Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG).
 
Program ini telah dihadiri oleh lebih 1,000 orang peserta yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin komuniti, pimpinan sekolah, wakil-wakil rumah ibadat dan wakil-wakil kaum dari daerah Segamat. Objektif program ini adalah untuk meningkatkan pengetahuan, kesedaran dan kesiapsiagaan masyarakat setempat dalam menghadapi sebarang kemungkinan bencana gempa bumi. Melalui program ini juga masyarakat diberi pendedahan mengenai langkah-langkah mitigasi dan tindak balas kecemasan yang berkesan.
 
Sesi taklimat ini disampaikan oleh pihak METMalaysia, JMG dan NADMA. Taklimat oleh pihak NADMA telah disampaikan sendiri oleh YBhg. Datuk Abdul Halim Hamzah, Ketua Pengarah NADMA.
Previous Next

Kunjungan Hormat Ketua Pengarah NADMA kepada Ketua Pengarah Bomba | 2 September 2025
 
Ketua Pengarah NADMA, Datuk Abdul Halim Hamzah telah mengadakan kunjungan hormat kepada Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Dato’ Sri Nor Hisham Mohammad, di Ibu Pejabat JBPM.
 
Kunjungan hormat ini bertujuan memantapkan kerjasama antara NADMA dengan pasukan bomba bagi meningkatkan tahap kesiapsiagaan dalam pengurusan bencana. Kunjungan ini turut dihadiri oleh PgKB I Arjunaidi Ismail, Ketua Penolong Pengarah Kanan, Seksyen Pelaksanaan Operasi NADMA.
Previous Next

Penilaian Technical Supporting Group, IRNAP China 2025 | 24 hingga 30 Ogos | Beijing, China
 
Seorang pegawai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART) NADMA iaitu Inspektor Muhamad Zul Khairi Idris telah ditugaskan ke China sebagai Team Leader Technical Supporting Group (TSG) dalam pelaksanaan INSARAG Recognised National Accreditation Process (IRNAP) bagi kategori Medium Urban Search and Rescue (USAR) Team yang dikendalikan oleh China Ministry of Emergency Management (MEM) bersama pasukan National Earthquake Response Support Service (NERSS).
 
Peranan TSG adalah untuk memberi sokongan teknikal, panduan strategik serta nasihat profesional sepanjang proses IRNAP. Fokus penilaian merangkumi semakan dokumentasi, keberkesanan struktur organisasi, tahap koordinasi operasi serta kesiapsiagaan logistik, perubatan dan pengurusan keseluruhan. TSG juga terlibat secara langsung dalam membantu Exercise Control (Excon) serta menyokong Classifier bagi memastikan penilaian dijalankan secara objektif dan selaras dengan piawaian INSARAG.
 
Hasil pemerhatian menunjukkan China MEM dan NERSS mempamerkan tahap komitmen tinggi, pengurusan yang sistematik serta kesiapsiagaan operasi yang baik. Latihan simulasi berskala besar yang dilaksanakan juga telah berjaya menonjolkan keupayaan mereka dalam menyelaras pelbagai agensi dan bertindak balas terhadap senario kecemasan bersifat kompleks. Berdasarkan prestasi yang dipamerkan, China berada pada landasan yang kukuh untuk mencapai pengiktirafan IRNAP Medium Team.
Previous Next

Kunjungan Hormat Pengarah BGSP kepada Ketua Pengarah NADMA | 2 September 2025 | Ibu Pejabat NADMA, Putrajaya
 
Ketua Pengarah NADMA, Datuk Abdul Halim Hamzah telah menerima kunjungan hormat daripada Pengarah Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Brig. Jen. Dato’ Pahlawan Dr. Sr. Mohd Zambri Mohamad Rabab.
 
Kunjungan hormat ini diadakan bertujuan untuk saling bertukar pandangan, mengukuh serta meneroka peluang baharu bagi memantapkan kerjasama antara NADMA dengan JUPEM. Kerjasama erat antara NADMA dan JUPEM ini penting bagi memantapkan kesiapsiagaan pengurusan bencana.
 
Pihak BGSP JUPEM turut dihadiri oleh Kol. Gs. Norazlin Pamuji, Timbalan Pengarah BGSP dan Lt. Muhammad Hafidzuddin Mohd Norzalan TLDM. Manakala pihak NADMA dihadiri oleh Mohd Khairi Abd. Ghani, Pengarah Seksyen Logistik dan Rosnadi Majid, Pengarah Pusat Kawalan Bencana Negara (NDCC).
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search