Program Kesiapsiagaan Pengurusan Risiko Gempa Bumi Berasaskan Komuniti (CBDRM) Daerah Segamat
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
ASEAN Emergency Management Cooperation and Development Conference & Belt and Road Emergency Rescue Exercise 2025
- Admin UKK
- Program dan Aktiviti
ASEAN Emergency Management Cooperation and Development Conference & Belt and Road Emergency Rescue Exercise 2025 | 16 hingga 20 September 2025 | Guangxi, China
Telah berlangsung Latihan Belt and Road Emergency Rescue Exercise 2025 dengan penyertaan empat orang pegawai SMART NADMA iaitu PPgB Muhammad Luqman bin Hashim, Kpl Mohd Husnur Amin bin A. Razab, Kpl Muhamad Fadzli bin Zainudin dan Kpl Noor Farahana binti Ismail.
Latihan ini bertujuan untuk menilai tahap kesiapsiagaan Pasukan Penyelamat Antarabangsa sekiranya berlaku bencana besar. Antara aspek utama yang diuji termasuklah komponen Management dan Search and Rescue (SAR), khususnya dalam pengurusan Reception/Departure Centre (RDC), USAR Coordination Cell (UCC), Sector Coordination Cell (SCC) serta operasi Rescue di lapangan.
Dalam latihan ini, SMART diberi tanggungjawab menguruskan SCC serta melaksanakan operasi di lapangan. Fokus utama adalah memberi pendedahan kepada pasukan “unclassified team” mengenai konsep dan metodologi INSARAG.
Peranan SMART adalah membimbing serta menunjukkan panduan praktikal kepada pasukan antarabangsa lain berhubung aplikasi INSARAG Methodology semasa aturgerak dan operasi penyelamatan dijalankan.
