PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

TPM Ahmad Zahid seru strategi pengurusan bencana ASEAN yang inklusif & lestari di Kemboja

PHNOM PENH, 15 Okt: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada Rabu menyeru pendekatan yang inklusif dan lestari dalam menangani bencana alam yang menjejaskan rantau Asia Tenggara.

Beliau berkata Perjanjian ASEAN mengenai Pengurusan Bencana dan Tindak Balas Kecemasan (AADMER) bukan sekadar kerjasama serantau tetapi satu pakatan kukuh untuk menyelamatkan nyawa dan harta benda semasa bencana.

“Marilah kita memperbaharui komitmen bersama untuk membina ASEAN yang bersedia menghadapi bencana, berpusatkan rakyat dan dihormati dunia kerana peranannya sebagai peneraju dalam usaha membina ketahanan menghadapi bencana.

“Ketahanan bukan hanya berkaitan sistem dan teknologi, tetapi juga tentang manusia. Ia perlu bersifat holistik, inklusif dan lestari, sambil memastikan tiada siapa yang tercicir,” katanya ketika menyampaikan kenyataan negara pada Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN mengenai Pengurusan Bencana ke-13 dan Persidangan Pihak-Pihak kepada AADMER ke-14 di sini pada Rabu.

Ahmad Zahid turut mengumumkan bahawa Malaysia akan menyumbang RM420,000 (US$100,000) kepada Tabung Pengurusan Bencana dan Bantuan Kecemasan ASEAN bagi menyokong inisiatifnya.

Beliau juga mencadangkan tiga tonggak utama untuk pelan mitigasi bencana yang lebih menyeluruh, iaitu inovasi dan teknologi, perkongsian dan solidariti, serta keterangkuman dan ketahanan komuniti.

“Kita mesti memanfaatkan data, kecerdasan buatan dan platform digital untuk meningkatkan tindakan jangkaan serta sistem amaran awal bagi mengesan risiko sebelum menjadi tragedi.

“Kerajaan tidak boleh melakukannya sendirian. Kita memerlukan masyarakat sivil, sektor swasta dan rakan global untuk bersama-sama.

“Kita mesti memperkasa kepimpinan tempatan, memberi ruang kepada perspektif gender dan melindungi mereka yang paling terdedah,” katanya.

Beliau turut memberi jaminan kepada kerajaan serantau bahawa Malaysia bersedia bekerjasama dengan semua negara anggota untuk merealisasikan visi ini – ke arah sebuah ASEAN yang menyelamatkan nyawa, mengurangkan penderitaan dan melindungi mata pencarian.

Ahmad Zahid menyuarakan mesej penting itu ketika Asia Tenggara berdepan pelbagai bencana alam seperti taufan, gempa bumi dan kemarau, yang menjejaskan pertumbuhan ekonomi, memusnahkan mata pencarian petani serta infrastruktur penting.

Meskipun rantau ini dikurniakan sumber asli yang banyak daripada mineral hingga gas dan minyak mentah, ia turut terdedah kepada bencana alam yang boleh mengekang kemakmuran ekonomi bagi kira-kira 670 juta penduduknya.

Dalam ucapan alu-aluannya, Setiausaha Agung ASEAN Dr Kao Kim Hourn berkata Asia Tenggara adalah sebuah rantau yang kaya dengan kepelbagaian dan dinamik, namun ia juga antara kawasan paling terdedah kepada bencana di dunia.

“Risiko yang kita hadapi semakin kompleks. Perubahan iklim mendorong bencana alam yang lebih kerap dan teruk, manakala urbanisasi pesat serta kerentanan teknologi menambah dimensi baharu risiko,” katanya.

Pemimpin ASEAN sedang memperkukuh mekanisme pengurusan risiko semula jadi ketika petani dan komuniti luar bandar di Laos, Myanmar, Filipina dan Vietnam terus menderita akibat bencana berkaitan cuaca saban tahun, yang menolak ribuan orang ke kancah kemiskinan.

“Kita juga mesti terus membina kapasiti di peringkat nasional dan tempatan untuk membantu komuniti mencegah, mengurangkan, bersedia, bertindak balas serta pulih daripada bencana dan kecemasan dengan lebih berkesan.

“Pelaburan jangka panjang dalam ketahanan dan perlindungan akan membantu mengurangkan kesan bencana serta melindungi nyawa, mata pencarian dan kemajuan pembangunan,” kata Kim Hourn. – TVS

 

 

PTO Bencana Gempa Bumi panduan atasi bencana gempa

KUALA LUMPUR: Perintah Tetap Operasi (PTO) Bencana Gempa Bumi Jilid V bertarikh 23 Disember 2011 adalah panduan agensi kerajaan, terutama agensi tindak balas bagi menangani bencana gempa bumi.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata beberapa siri latihan dan program kesedaran atau kesiapsiagaan bencana gempa bumi juga sudah dilaksanakan sejak beberapa tahun lalu.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata, pelaksanaan siri latihan itu turut membabitkan pelbagai cabang agensi kerajaan di pelbagai peringkat Persekutuan, negeri serta daerah.

Katanya, dua siri program dilaksanakan di Johor dengan inisiatif serta kerjasama kerajaan negeri bersama Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi kesiapsiagaan dan kecekapan tindak balas agensi kerajaan, badan berkanun, pihak swasta dan badan sukarela untuk mendepani bencana itu, tahun ini.

"Selain itu, dua siri program sudah dilaksanakan di Sabah dan Selangor, tahun lalu.

 

"Tindakan proaktif sentiasa diusahakan NADMA bagi membina daya tahan dan kesiapsiagaan semua pihak dalam menghadapi bencana.

"NADMA juga sentiasa merancang dan menambah baik program latihan membabitkan pelbagai pihak, termasuk komuniti bagi menjamin keselamatan serta kebajikan rakyat dalam aspek pengurusan bencana dan bukan bencana," katanya dalam jawapan bertulis di laman sesawang Parlimen.

Beliau menjawab soalan Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) mengenai pelaksanaan program kesedaran dan latihan kecemasan gempa bumi membabitkan agensi kerajaan, termasuk NADMA.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata, Dasar dan Mekanisme Pengurusan Bencana di Malaysia tertakluk kepada Arahan NADMA No. 1.

Dokumen itu, katanya, menggariskan dasar dan mekanisme pengurusan bencana serta pengurangan risiko bencana, merangkumi perintah dan kawalan ketika pengendalian bencana dan disokong PTO bagi setiap jenis kejadian bencana.

"Dokumen ini jelas menggariskan peranan serta tatacara pengendalian bencana perlu dipatuhi, sama ada di peringkat jawatankuasa pengurusan bencana mahupun setiap agensi terbabit dalam fasa kejadian bencana iaitu sebelum, semasa atau selepas berlakunya sesuatu bencana.

"NADMA selaku agensi peneraju pengurusan bencana negara, sentiasa bersiap siaga dan komited memperkukuh keupayaan serta kesiapsiagaan negara menangani kesan pelbagai bencana alam, termasuk gempa bumi," kata Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Perak urges farmers to report monsoon damage for relief funds

IPOH: The Perak government has urged farmers and livestock breeders affected by the Northeast Monsoon to report damage to their crops or livestock to relevant departments.

State Rural Development, Plantation, Agriculture and Food Industry Committee chairman Datuk Zolkafly Harun said official reports would activate assistance through the Padi Crop Disaster Fund and Agricultural Disaster Fund.

“Several districts at high risk of being affected include Perak Tengah, Hilir Perak, Manjung and Kuala Kangsar, as they often experience flooding and crop damage during the monsoon season,” he said.

He urged all farmers and breeders to monitor their areas closely and report any damage immediately for quick distribution of TBTP or TBP assistance.
 

Zolkafly made these remarks after officiating the Perak State Agriculture Department Extension Awards Day 2025 at Hotel Casuarina@Meru.

Malaysia is expected to experience the Northeast Monsoon from Nov 5 until the end of March 2026, influenced by a weak La Nina phenomenon. – Bernama

Projek air mentah, RTB jamin kesejahteraan bekalan air di Pulau Pinang

GEORGETOWN: Projek menaik taraf lokasi pengambilan air mentah di Titi Kerawang dan Teluk Awak serta pemasangan paip air mentah ke Empangan Teluk Bahang seperti yang diumumkan dalam pembentangan Belanjawan 2026, dijangka dapat memastikan keterjaminan bekalan air mentah di Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri, Zairil Khir Johari, berkata kerajaan negeri melaksanakan Projek Kontigensi Air Mentah Sungai Pinang bagi mengisi Empangan Teluk Bahang sejak 2020 dengan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menggunakan paip dwifungsi berukuran 450 milimeter (mm) sepanjang 8.6 kilometer (km).

Beliau berkata menerusi projek itu, air mentah dari Titi Kerawang disalurkan ke Empangan Teluk Bahang semasa musim monsun dari September hingga Disember, manakala pada waktu lain, paip sama digunakan untuk menyalurkan air terawat dari Rumah Pam Teluk Bahang ke Loji Rawatan Air Sungai Pinang.

"Namun, penggunaan sistem dwifungsi ini menyebabkan bekalan air tidak konsisten kepada pengguna di sepanjang laluan paip, di samping mengehadkan keupayaan menyalurkan air mentah di luar musim monsun," katanya kepada Bernama.

Beliau berkata bagi menangani isu itu, pemasangan paip khusus untuk menyalurkan air mentah dari Titi Kerawang ke Empangan Teluk Bahang perlu dilaksanakan segera bagi memastikan bekalan air mentah yang berterusan dan lebih efisien.

 

Zairil berkata perubahan iklim dan peningkatan permintaan air turut menyebabkan Empangan Teluk Bahang tidak dapat diisi sepenuhnya walaupun pada musim hujan, justeru menegaskan keperluan projek tersebut dilaksanakan segera.

Mengenai peruntukan RM2.2 bilion untuk Projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) yang antara lain melibatkan Sungai Nyiur di Seberang Perai Utara, Zairil berkata kawasan projek berkenaan terletak dalam lembangan Sungai Nyiur, iaitu sublembangan Sungai Perai yang meliputi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Dalam, Bagan Jermal dan Sungai Puyu serta Parlimen Bagan.

"Lembangan ini sering mengalami banjir kilat akibat hujan lebat dalam tempoh singkat yang menyebabkan kapasiti sungai serta sistem perparitan tidak mencukupi. Keadaan menjadi lebih buruk apabila hujan lebat berlaku serentak dengan air pasang besar, mengakibatkan pertembungan air laut di muara Sungai Nyiur berhampiran Sungai Perai," katanya.

Menurut beliau, pelaksanaan projek itu akan meningkatkan tahap keselamatan serta kesejahteraan penduduk setempat dengan menangani kawasan titik panas banjir seperti Jalan Thamby Kecil, Jalan Siram, SK Convent Butterworth, Kampung Muniammah (Jalan Siram) dan Kampung Sungai Nyiur sekali gus mengurangkan risiko banjir yang sekian lama menjejaskan kehidupan rakyat.

Beliau berkata semua projek berkenaan mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap kesejahteraan rakyat Pulau Pinang serta komitmen berterusan dalam memastikan pembangunan negeri yang seimbang dan mampan.

Pada Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Belanjawan 2026 yang mengumpulkan sumber berjumlah RM470 bilion, dengan tumpuan kepada pengukuhan daya tahan ekonomi dan sokongan kepada perniagaan kecil di tengah-tengah ketidaktentuan global.

Ia turut membabitkan beberapa projek dan inisiatif di Pulau Pinang termasuk pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) dari Tol Juru ke Tol Sungai Dua, pembinaan Klinik Kesihatan Kubang Semang, naik taraf lokasi pengambilan air mentah, pemasangan paip air mentah ke Empangan Teluk Bahang, naik taraf Kompleks Sukan Bertam serta pembinaan laluan bawah tanah menghubungkan Jalan Mount Erskine ke Jalan Burma. – BERNAMA

 

 

 

Projek air mentah dan RTB Pulau Pinang jamin bekalan air dan kawal banjir

GEORGE TOWN: Projek menaik taraf lokasi pengambilan air mentah di Titi Kerawang dan Teluk Awak serta pemasangan paip air mentah ke Empangan Teluk Bahang dijangka memastikan keterjaminan bekalan air mentah di Pulau Pinang.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pengangkutan negeri Zairil Khir Johari berkata kerajaan negeri telah melaksanakan Projek Kontigensi Air Mentah Sungai Pinang bagi mengisi Empangan Teluk Bahang sejak 2020.

Beliau berkata Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menggunakan paip dwifungsi berukuran 450 milimeter sepanjang 8.6 kilometer untuk projek tersebut.

Air mentah dari Titi Kerawang disalurkan ke Empangan Teluk Bahang semasa musim monsun dari September hingga Disember setiap tahun.

Paip yang sama digunakan untuk menyalurkan air terawat dari Rumah Pam Teluk Bahang ke Loji Rawatan Air Sungai Pinang pada waktu lain.

Penggunaan sistem dwifungsi ini menyebabkan bekalan air tidak konsisten kepada pengguna di sepanjang laluan paip.

Sistem ini juga mengehadkan keupayaan menyalurkan air mentah di luar musim monsun.

Pemasangan paip khusus untuk menyalurkan air mentah dari Titi Kerawang ke Empangan Teluk Bahang perlu dilaksanakan segera.

Perubahan iklim dan peningkatan permintaan air menyebabkan Empangan Teluk Bahang tidak dapat diisi sepenuhnya walaupun pada musim hujan.

Projek ini akan memastikan bekalan air mentah yang berterusan dan lebih efisien untuk Pulau Pinang.

Mengenai peruntukan RM2.2 bilion untuk Projek Rancangan Tebatan Banjir, Zairil berkata kawasan projek terletak dalam lembangan Sungai Nyiur.

Kawasan ini meliputi sublembangan Sungai Perai yang merangkumi kawasan Dewan Undangan Negeri Bagan Dalam, Bagan Jermal dan Sungai Puyu serta Parlimen Bagan.

Lembangan ini sering mengalami banjir kilat akibat hujan lebat dalam tempoh singkat. Kapasiti sungai serta sistem perparitan tidak mencukupi untuk menampung air hujan yang banyak.

Keadaan menjadi lebih buruk apabila hujan lebat berlaku serentak dengan air pasang besar.

Ini mengakibatkan pertembungan air laut di muara Sungai Nyiur berhampiran Sungai Perai.

Pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir akan meningkatkan tahap keselamatan serta kesejahteraan penduduk setempat.

Projek ini akan menangani kawasan titik panas banjir seperti Jalan Thamby Kecil, Jalan Siram, SK Convent Butterworth, Kampung Muniammah dan Kampung Sungai Nyiur.

Risiko banjir yang sekian lama menjejaskan kehidupan rakyat akan dapat dikurangkan dengan ketara.

Semua projek berkenaan mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI terhadap kesejahteraan rakyat Pulau Pinang.

Ini menunjukkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan pembangunan negeri yang seimbang dan mampan.

Belanjawan 2026 yang diumumkan pada Jumaat lepas mengumpulkan sumber berjumlah RM470 bilion.

Belanjawan ini memberi tumpuan kepada pengukuhan daya tahan ekonomi dan sokongan kepada perniagaan kecil.

Beberapa projek dan inisiatif lain di Pulau Pinang turut dilibatkan dalam belanjawan tersebut.

Projek-projek lain termasuk pelebaran Lebuhraya Utara-Selatan dari Tol Juru ke Tol Sungai Dua.

Pembinaan Klinik Kesihatan Kubang Semang juga termasuk dalam perancangan pembangunan negeri.

Naik taraf Kompleks Sukan Bertam serta pembinaan laluan bawah tanah menghubungkan Jalan Mount Erskine ke Jalan Burma turut dirancang. – Bernama

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search