KUALA LUMPUR, 30 Oktober - Penduduk Setiu kini resah menghadapi ancaman hakisan pantai dan banjir yang semakin memburuk, terutama menjelang musim Monsun Timur Laut (MTL) yang bakal melanda Terengganu.
Dalam sesi Dewan Rakyat semalam, Ahli Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abd Kadirn menggesa kerajaan untuk segera meluluskan peruntukan tambahan bagi menangani isu hakisan yang kian mengancam kawasan tersebut.
Shaharizukirnain menekankan bahawa hakisan pantai kini telah merebak jauh melampaui kawasan yang dilindungi oleh 16 benteng pemecah ombak (breakwater) yang dibina sebelum ini.
“Kerajaan sudah meluluskan RM84 juta untuk pembinaan breakwater di Kampung Pengkalan Maras dan Batu Rakit, tetapi peruntukan tambahan segera amat diperlukan bagi menghalang hakisan baru yang semakin mengancam penduduk,” ujarnya.
Menurutnya, peruntukan hanya diberikan selepas hakisan berlaku, sekali gus mendedahkan penduduk kepada risiko bencana.
Beliau turut menyuarakan kebimbangan mengenai Pantai Bali Kecil, yang kini hampir menceroboh kawasan kediaman penduduk.
“Saya benar-benar berharap agar cadangan pembinaan benteng pemecah ombak ini dapat disegerakan.
"Penduduk di kawasan ini sentiasa hidup dalam kebimbangan setiap kali musim MTL tiba,” katanya dengan penuh harapan.
Selain hakisan, isu banjir di Permaisuri turut dibangkitkan, kawasan ini sering kali menjadi lokasi terjejas teruk akibat banjir, walaupun ia menempatkan banyak pejabat agensi kerajaan dan premis perniagaan penting.
“Mengapa kita harus menunggu sehingga berlaku kerosakan besar?,” tegas Shaharizukirnain, sambil menggesa agar Rancangan Tebatan Banjir Sungai Setiu Fasa 1 yang dianggarkan berjumlah RM200 juta dapat dipercepatkan demi melindungi infrastruktur penting.
Beliau berharap semua pihak memandang serius permasalahan ini demi keselamatan dan kesejahteraan rakyat Setiu.
“Penduduk disini amat memerlukan perlindungan yang lebih baik sebelum MTL bermula,” serunya supaya ada tindakan segera daripada pihak berkuasa.
PUTRAJAYA, 26 OKT: Malaysia menghantar aset Tentera Udara Diraja Malaysia iaitu Helikopter EC725 bersama 16 kru ke Filipina untuk misi bantuan kemanusiaan dan bencana selepas negara itu dilanda siklon tropika Trami, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata pasukan itu berlepas dari Pangkalan Udara Labuan dan tiba Pangkalan Udara Villamor di Manila pada 2.48 petang tadi dengan tempoh penugasan selama lapan hari iaitu hingga 2 Nov depan.
Ahmad Zahid berkata misi itu digerakkan selepas Filipina pada Khamis mengemukakan nota diplomatik kepada Kedutaan Malaysia di Manila untuk bantuan kemanusiaan dan bencana dalam bentuk aset udara serta logistik bagi penghantaran barangan bantuan ke kawasan terjejas.
“Susulan itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara bersama-sama Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar Negeri, Angkatan Tentera Malaysia dan Malawakil Malaysia di Filipina telah melaksanakan koordinasi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana.
“Sebagai tindakan segera, Malaysia telah menawarkan kepada Filipina satu pesawat C-130 Hercules bagi tujuan mobilisasi udara barangan bantuan ke kawasan yang terjejas serta Pasukan SMART yang bersedia membantu dalam operasi mencari dan menyelamat,” menurutnya dalam kenyataan hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Bencana Negara itu berkata Malaysia komited untuk bekerjasama erat dengan Filipina dalam misi bantuan kemanusiaan kerana puluhan ribu penduduk negara itu terjejas akibat banjir besar susulan hujan lebat.
“Seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar keadaan di Filipina segera pulih dan segala usaha bantuan yang diberikan dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa yang terjejas,” katanya.
Laporan Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Bagi Pengurusan Bencana ASEAN merekodkan tujuh kematian manakala sejumlah 197,000 mangsa dipindahkan dan kira-kira 2.8 juta penduduk terjejas akibat bencana itu.
Semalam, media antarabangsa melaporkan angka korban akibat Trami yang membadai Filipina minggu ini meningkat kepada 46 orang dan sekurang-kurangnya 20 lagi masih hilang.
Sembilan wilayah di negara itu melaporkan kematian dengan Bicol, yang terletak di tenggara Manila dan paling terjejas akibat taufan itu, mencatatkan jumlah korban tertinggi iaitu 28 orang diikuti Calabarzon (15).
Trami, taufan ke-11 yang melanda Filipina tahun ini, melintasi Luzon dan mengakibatkan kemusnahan besar dengan bencana banjir serta tanah runtuh di Bicol dan Calabarzon.
– BERNAMA
Siklon Tropika Trami: Malaysia hulur bantuan kemanusiaan dan bencana kepada Filipina
- Admin UKK
- Berita
Malaysia menghantar aset Tentera Udara Diraja Malaysia iaitu Helikopter EC725 bersama 16 kru ke Filipina untuk misi bantuan kemanusiaan dan bencana selepas negara itu dilanda siklon tropika Trami, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
“Susulan itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara bersama-sama Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar Negeri, Angkatan Tentera Malaysia dan Malawakil Malaysia di Filipina telah melaksanakan koordinasi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana. “Seluruh rakyat Malaysia mendoakan agar keadaan di Filipina segera pulih dan segala usaha bantuan yang diberikan dapat membantu meringankan beban mangsa-mangsa yang terjejas,“ katanya.
Siklon Tropika Trami: Malaysia hulur bantuan kemanusiaan dan bencana kepada Filipina
- Admin UKK
- Berita
PUTRAJAYA: Malaysia menghantar aset Tentera Udara Diraja Malaysia iaitu Helikopter EC725 bersama 16 kru ke Filipina untuk misi bantuan kemanusiaan dan bencana selepas negara itu dilanda siklon tropika Trami, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
Beliau berkata pasukan itu berlepas dari Pangkalan Udara Labuan dan tiba Pangkalan Udara Villamor di Manila pada 2.48 petang tadi dengan tempoh penugasan selama lapan hari iaitu hingga 2 Nov depan.
Ahmad Zahid berkata misi itu digerakkan selepas Filipina pada Khamis mengemukakan nota diplomatik kepada Kedutaan Malaysia di Manila untuk bantuan kemanusiaan dan bencana dalam bentuk aset udara serta logistik bagi penghantaran barangan bantuan ke kawasan terjejas.
“Susulan itu, Agensi Pengurusan Bencana Negara bersama-sama Kementerian Pertahanan, Kementerian Luar Negeri, Angkatan Tentera Malaysia dan Malawakil Malaysia di Filipina telah melaksanakan koordinasi Bantuan Kemanusiaan dan Bencana.
Laporan Pusat Penyelarasan Bantuan Kemanusiaan Bagi Pengurusan Bencana ASEAN merekodkan tujuh kematian manakala sejumlah 197,000 mangsa dipindahkan dan kira-kira 2.8 juta penduduk terjejas akibat bencana itu.
Semalam, media antarabangsa melaporkan angka korban akibat Trami yang membadai Filipina minggu ini meningkat kepada 46 orang dan sekurang-kurangnya 20 lagi masih hilang.
Trami, taufan ke-11 yang melanda Filipina tahun ini, melintasi Luzon dan mengakibatkan kemusnahan besar dengan bencana banjir serta tanah runtuh di Bicol dan Calabarzon.
PUTRAJAYA: Tragedi tsunami berupaya memperkukuh komitmen dan kesalinghubungan antara negara ASEAN dan rantau ini tentang keperluan mendesak agar setiap usaha berterusan diselaraskan bagi mengurangkan risiko bencana alam.
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negara berkata, tsunami turut menjadi lebih signifikan bagi pihak berkepentingan untuk mempertingkatkan kesiapsiagaan, kedayatahanan, mitigasi dan kebolehsesuaian dalam menghadapi bencana.
“Hari ini saya telah menghadiri majlis Memperingati 20 Tahun Tsunami Lautan Hindi dan Hari Pengurusan Bencana ASEAN di Taman Mahkota Jubli Emas, Bandar Seri Begawan, Brunei, yang diadakan selepas Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN Mengenai Pengurusan Bencana (AMMDM) kali ke-12.
Ahmad Zahid menghadiri majlis itu dengan diiringi Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei, Datuk Mohd Aini Atan dan Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA), Datuk Khairul Shahril Idrus.
Sebelum majlis berlangsung, Ahmad Zahid serta wakil dari negara anggota ASEAN telah menanam pokok sebagai simbolik terhadap semangat pemulihan yang berkekalan dan tanda penghormatan untuk daya tahan alam semula jadi serta komuniti yang terjejas.
Selain delegasi dari Malaysia, majlis itu turut dihadiri Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Brunei Datuk Seri Setia Awang Ahmaddin Abdul Rahman.
Brunei merupakan Pengerusi bagi AMMDM kali ke-12 yang diadakan selama tiga hari bermula semalam bertemakan “Membangunkan ASEAN yang Berdaya Tahan melalui Pemulihan Bencana yang Inklusif dan Mampan”.
Mesyuarat itu berperanan sebagai forum untuk bertukar pandangan mengenai pelbagai isu strategik dan terkini serta membincangkan kemajuan semasa dan status perkembangan program di bawah Perjanjian ASEAN mengenai Pengurusan Bencana dan Tindak Balas Kecemasan (AADMER) 2021-2025.
Penyertaan Ahmad Zahid dalam AMMDM kali ke-12 itu mencerminkan komitmen Malaysia untuk terus memperkukuh hubungan diplomatik dengan negara ASEAN serta memperkuat daya tahan rantau ini terhadap bencana alam sekali gus mengerat hubungan dengan rakyat Malaysia yang berada di luar negara.-BERNAMA