PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Kementerian Kewangan bantu sekolah terjejas teruk banjir

ALOR SETAR – Kementerian Kewangan akan berganding bahu dengan Kementerian Pendidikan untuk melihat keperluan segera di sekolah yang terjejas teruk akibat banjir.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, pihaknya bersedia menyediakan peruntukan tambahan untuk kerja-kerja pembaikan di fasiliti tersebut.

“Dari segi sekolah ada banyak benda yang rosak, kita tinjau dan dapatkan maklum balas daripada mereka apa yang kita boleh tolong dengan kerjasama Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan.

“Kita akan menyediakan sedikit peruntukan untuk membaiki semula agar sekolah dapat beroperasi semula,” katanya selepas meninjau kerja-kerja pembersihan oleh Skuad Ihsan Madani di Sekolah Kebangsaan (SK) Lengkuas, di sini hari ini.

Skuad terdiri daripada gemblengan tenaga kerja dari kementerian itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), CIMB Bank dan GLC Demi Rakyat dan Negara (GDRN) itu turut memmbersihkan SK Suka Menanti, SK Seri Amar Diraja dan Klinik Desa Sungai Baru.

Dalam pada itu, Amir Hamzah berkata, peruntukan awal yang disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) telah membantu rakyat yang menghadapi musibah banjir meneruskan kehidupan mereka.

Ujarnya, kerajaan sentiasa berusaha memastikan bahawa mereka yang terkesan dengan musibah seperti itu diberikan bantuan dengan segera tanpa berhadapan banyak birokrasi.

“Tahun ini Kerajaan Persekutuan telah bersedia lebih awal dengan menyalurkan peruntukan di bawah Nadma. Baru-baru ini, Perdana Menteri juga tambah peruntukan kepada Kelantan dan Terengganu kerana mereka terkesan teruk.

“Kita tidak tunggu sehingga banjir berakhir baru disalurkan dan bayaran pusingan pertama juga telah selesai, malah respons kerajaan-kerajaan negeri terlibat juga cepat,” katanya.

Pada 18 Oktober lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Nadma diperuntukkan sebanyak RM600 juta sebagai persiapan mendepani banjir termasuk lebih RM300 juta yang disediakan untuk persiapan sekiranya berlaku bencana pada bila-bila masa.

Beliau berkata, sebanyak RM20 juta geran padanan pula disediakan segera kepada yayasan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk memperhebat respons dan penyaluran bantuan kepada mangsa. – KOSMO! ONLINE

Selepas 5 kereta mewah tenggelam, penduduk enggan rugi lebih besar

IPOH - Luruan monsun dijangka bermula Ahad yang berpotensi membawa hujan lebat berterusan menyebabkan penduduk lebih berjaga-jaga menghadapi banjir.

Kejadian banjir di beberapa daerah di Perak, Ahad lalu, berikutan hujan berterusan lebih 20 jam menyebabkan penduduk serik untuk menghadapi gelombang kedua banjir.

Penduduk, Datuk Amaluddin Mohd Ismail berkata, keluarganya mengalami kerugian ratusan ribu ringgit apabila lima kenderaan mewah miliknya ditenggelami air dalam kejadian di Arena Kepayang Putra dekat Fair Park.

Menurut ahli perniagaan itu, tidak mahu mengalami kerugian lebih besar dia telah melakukan persediaan rapi dengan menjadikan premisnya sebagai penginapan untuk keluarganya.

“Pertama kali berhadapan banjir menyebabkan anak dan isteri trauma, bimbang rumah dinaiki air. Apabila tahu gelombang kedua, kami pilih untuk tinggal di kedai sepanjang tempoh tersebut.

“Hanya cara itu boleh dilakukan bagi meringankan beban kerajaan dan pasukan penyelamat. Saya bercadang untuk memasang alat penggera jika air melepasi paras tertentu,” katanya kepada Sinar Harian.

Bagi Muhammad Asnawi Ahmad Murad, 24, keluarganya sudah lima kali berhadapan banjir hinggakan rumah yang baru siap dibina Julai lalu, belum sempat diduduki.

“Kami telah buat benteng di sekeliling rumah namun ia tidak dapat menghalang air, jadi kami pilih untuk pindah ke rumah kedai untuk berlindung sementara waktu.

“Kami mengharapkan agar tebing Sungai Pelus, Lasah dekat Sungai Siput dapat ditinggikan supaya tiada lagi penduduk berhadapan banjir teruk,” katanya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Air Mati, Zailan Mohamed @ Md Rawi berkata, penduduk telah diberikan taklimat mengenai gelombang kedua ini dan bersiap sedia berhadapan dengan hujan kali ini.

“Kejadian banjir kilat minggu menyebabkan hakisan tebing Sungai Kinta. Jadi kita bimbang apabila hujan kali ini menyebabkan tebing pecah dan penduduk berhadapan banjir lebih teruk,” katanya.

 

5,000 flood victims rescued nationwide

PETALING JAYA: Since the onset of the northeast monsoon on Nov 5, the Fire and Rescue Department has rescued more than 5,000 flood victims, with operations spanning 12 states.

Its director-general Datuk Nor Hisham Mohammad said that up to Wednesday, the rescue efforts involved 3,332 victims in Kelantan, 723 in Kedah, 663 in Terengganu, 125 in Negri Sembilan, 100 in Perak, 51 in Melaka, 46 in Pahang, 22 in Sabah, 15 in Johor, five in Selangor and three in Perlis.

In total, 687 operations were carried out for flood evacuations and transfers, with 679 conducted using land and water assets, and eight using air transport.

“Additionally, 2,826 monitoring operations were carried out,” he said, adding that 32 landslides occurred during the same period.

Sarawak had the most with 18, followed by Terengganu (five), Pahang and Kelantan (two each), and Kedah, Perak, Selangor, Kuala Lumpur and Johor (one each).

Regarding fallen trees, 388 cases were recorded, with Kelantan reporting the highest number at 55, followed by Perak (46), Terengganu (44), Sabah (39), Johor and Selangor (37 each), Negri Sembilan (33), Sarawak (26), Kedah (18), Penang (16), Pahang (15), Melaka (13), Kuala Lumpur and Labuan (three each), Putrajaya (two) and Perlis (one).

Nor Hisham said post-flood clean-up operations have already begun in 17 locations across Kedah, Perak, Selangor, Terengganu and Kelantan.

“They are being carried out at five locations in Kelantan, six in Terengganu, four in Kedah and one each in Perak and Selangor. A total of 109 officers are involved,” he added.

Meanwhile, multiple agencies under the Transport Ministry have been mobilised for flood relief efforts.

They include the Road Transport Department, Land Public Transport Agency, Keretapi Tanah Melayu Bhd, Prasarana Malaysia Bhd, MRT Corp, the Malaysia Marine Department, Rail Asset Corporation, Malaysia Rail Link Sdn Bhd, CCC-ECRL Sdn Bhd and the Kuantan Port Authority.The ministry also launched Tabung Bantuan Ihsan Madani MOT 2024 to assist flood victims.

Additionally, the ministry reminded airline passengers that under the amended Malaysian Aviation Consumer Protection Code 2016, they are entitled to refunds in the original payment method for flight delays or interruptions due to weather or safety concerns.

As at 4pm yesterday, the number of flood evacuees dropped to 5,476 from nearly 95,000 recorded on Nov 29.

Thirty-one temporary relief centres are currently active.

The northeast monsoon is expected to continue until March with five to seven episodes of heavy rainfall forecast for this period.

 

Penduduk buat persiapan hadapi gelombang kedua

TEMERLOH - Orang ramai di daerah ini telah siap siaga menghadapi gelombang kedua banjir.

Pengerusi Koperasi Penternak Ikan Sangkar Daerah Temerloh, Ibrahim Hussien berkata, penternak telah mengikat kemas setiap sangkar untuk mengelakkan ia dihanyutkan arus deras Sungai Pahang.

Menurutnya, pada musim tengkujuh, aliran air deras dan ancaman kayu hanyut boleh merosakkan 4,921 petak sangkar milik 118 ahli di daerah itu setakat ini.

“Begitu juga ikan yang sudah besar, matang akan dijual pada harga lebih murah daripada pasaran.

“Ini untuk elakkan kerugian besar sekiranya sangkar bocor ataupun ikan mati akibat banjir besar,” katanya lagi.

Beliau yang tinggal di Kampung Bangau di sini turut telah mengemas barangan dan dokumen penting ekoran kediamannya juga kerap dilanda banjir.

“Ikutkan tiada banyak barang selepas beberapa kali rumah dilanda banjir. Kebanyakannya adalah barang plastik untuk elakkan kerugian bila berlaku banjir,” katanya.

Bagi Shamsul Sabri Abu Bakar, 38, dari Kampung Bangau Tanjung mengakui, setiap kali Monsun Timur Laut, para penternak akan mengikat setiap sangkar dengan tali yang kukuh manakala jaring sangkar dipastikan tidak bocor.

“Ikan itu kita tidak keluarkan dari sangkar cuma kita kena jangan beri makan lebih,” ujarnya.

Sementara itu, peniaga restoran, Ismail Abdullah, 40, berharap gelombang kedua ini tidak membawa banjir lebih besar.

“Masa gelombang pertama baru ini, lagi lima anak tangga air hendak sampai ke atas kedai, gelombang kedua ini kita kena berjaga-jaga. Orang-orang tua kata kalau sudah 10 tahun kena berjaga-jaga hadapi banjir besar,” tambahnya.

 

Gelombang kedua banjir: Penduduk Lembah Klang turut waspada

SHAH ALAM - Meskipun banjir gelombang kedua yang dijangka berlaku Isnin ini hanya melibatkan Pantai Timur, namun penduduk di Lembah Klang turut mengambil langkah waspada bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Seorang penduduk di Rumah Panjang PJS1 di Petaling Jaya, Mahendran Subramanian, 62, berkata, dia dan keluarga sudah menyimpan dokumen penting di tempat selamat kerana kawasan itu sering dinaiki air akibat banjir kilat.

 

Menurutnya, risiko berlaku banjir agak besar kerana setiap hujung tahun kawasan penempatan mereka sering dinaiki banjir.

"Bila dapat maklumat kemungkinan berlaku hujan lebat dan banjir, saya akan membuat persiapan dan turut maklum pada jiran-jiran untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan," katanya yang tinggal bersama tiga lagi ahli keluarganya.

Seorang lagi penduduk di Seksyen 25, Shah Alam, Jaya Kumar, 51, pula berkata, pengalaman pernah terlibat banjir besar menyebabkan dia dan keluarga lebih peka dengan maklumat dikeluarkan pihak berkuasa.

"Barang penting seperti dokumen saya telah simpan di tempat tinggi dan almari bahagian bawah dipastikan tiada barang yang disimpan bagi mengelak risiko rosak jika berlaku banjir.

"Perabot juga akan diletakkan di tempat tinggi jika hujan berterusan melanda supaya kelengkapan rumah ini tidak mengalami kerosakan yang teruk nanti," katanya.

Sementara itu, seorang penduduk di Jalan Ipoh, Kuala Lumpur, Nor Faziana Md Noor, 30, berkata, kawasan tempat tinggalnya tidak dinaiki air namun berisiko terkandas di jalan raya jika tidak peka dengan amaran ramalan kaji cuaca.

"Sebab itu saya sering mendapatkan maklumat dari sumber sahih mengenai keadaan cuaca dan jalan-jalan di Lembah Klang kerana bimbang terkandas atau menghadapi bahaya lain yang tidak dijangka," ujarnya.

Terdahulu, Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan gelombang kedua banjir dalam tempoh dua minggu bermula Ahad, dengan Pahang dan Johor antara negeri yang dijangka turut terjejas dengan bencana itu kali ini.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search