Pantai Timur dilanda gelombang kedua
- Admin UKK
- Berita
KUALA TERENGGANU: Terengganu, Kelantan dan Pahang dilanda gelombang kedua banjir ekoran hujan lebat berterusan sejak kelmarin yang menyaksikan sejumlah 5,223 mangsa daripada 1,263 keluarga dipindahkan di 36 pusat pemindahan sementara (PPS) di ketiga-tiga negeri.
Setakat pukul 4 petang semalam, Terengganu paling terjejas dengan merekodkan seramai 4,904 mangsa yang dipindahkan ke 27 PPS.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan, Kemaman merekodkan mangsa tertinggi iaitu 4,608 orang daripada 1,114 keluarga di 20 PPS di daerah itu.
“Di Dungun pula, sebanyak tujuh PPS dibuka untuk menempatkan 296 mangsa daripada 67 keluarga petang,” katanya semalam.
Jabatan Pengairan dan Saliran pula melaporkan Sungai Tebak di Kemaman melepasi paras bahaya manakala beberapa sungai utama lain telah melimpah berbanding paras amaran.
Sementara itu di Kelantan, gelombang kedua banjir menyaksikan 180 penduduk dari 42 keluarga di Gua Musang terjejas kini berlindung di tiga PPS iaitu Dewan Semai Bakti Felda Chiku 7, Dewan Orang Ramai Batu 6 dan Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi.
GUA MUSANG: Jumlah mangsa banjir di jajahan ini semakin bertambah apabila seramai 307 mangsa sedang berlindung di pusat pemindahan sementara (PPS) berbanding 180 orang setakat pukul 4 petang semalam.
Jurucakap InfoBencanaJKM berkata, setakat pukul 8 pagi kesemua mangsa dari 72 keluarga itu berlindung di tiga buah PPS.
Menurutnya, daripada jumlah itu PPS Dewan Semai Bakti Felda Chiku 7 menempatkan mangsa paling ramai sebanyak 235 orang.
“Diikuti Sekolah Kebangsaan (SK) Limau Kasturi 1 (41) dan Dewan Orang Ramai Batu 6 (31),” katanya.
Laman sesawang publicinfobanjir.water.gov.my pula melaporkan Sungai Sokor di Tanah Merah sudah melepasi paras bahaya iaitu 24.49 meter, manakala Kelantan di Kuala Krai serta Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi para amaran.
Selain itu, Sungai Galas di Gua Musang dan Kuala Krai serta Kusial Baru (Tanah Merah) melepasi paras berjaga-jaga.-UTUSAN
KUALA TERENGGANU : Mangsa banjir di Terengganu terus meningkat kepada 5,853 orang daripada 1,449 keluarga setakat pukul 8 pagi ini.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Terengganu memaklumkan, terdapat 30 pusat pemindahan sementara (PPS) beroperasi di dua daerah pagi ini.
“Di Kemaman, seramai 5,452 mangsa daripada 1,356 keluarga dipindahkan ke 22 PPS.
“Di Dungun pula, terdapat lapan PPS dibuka untuk 401 mangsa banjir daripada 93 keluarga,” katanya ketika dihubungi hari ini. – UTUSAN
SECOND WAVE HITS TERENGGANU, KELANTAN
- Admin UKK
- Berita
THE second wave of floods has begun in Terengganu and Kelantan, with 28 temporary relief centres (PPS) opened in the two states. In Terengganu’s Kemaman and Dungun districts, flood evacuees rose to 4,904 at press time.
According to the Terengganu Disaster Management Committee Secretariat, 27 PPS were opened in the two districts, accommodating 1,181 families. Kemaman had the most evacuees at 4,608 victims sheltering in 20 PPS, while Dungun had 296 victims sheltering at seven PPS.
Data from the InfoBanjir website showed that Sungai Kemaman’s water level at the Air Putih Bridge was at 14.08m, surpassing the danger mark of 14m.
Three rivers were at the warning level. Sungai Nerus in Kampung Langkap, Setiu, was at 20.11m and Sungai Dungun in Kuala Jengal was at 20.2m, both above the danger level of 20m.
Sungai Tumpat in Kampung Baru Kemasik was at 2.49m, above the danger level of 1.9m.
Eight rivers are at the alert level: Sungai Dungun at the Dungun Bridge (10.45m), Sungai Dungun in Kampung Pasir Raja (37.22m), Sungai Telemong in Kuala Ping, Hulu Terengganu (17.76m), Sungai Kemaman at the Paya Paman Pump House (3.42m), the main drain in Padang Kemunting, Kuala Nerus (3.62m), Sungai Terengganu at the Pulau Bahagia Pump House in Kuala Terengganu (2.11m), Sungai Nerus in Kampung Bukit, Setiu (11.17m) and Sungai Tersat in Kampung Sekayu, Hulu Terengganu (19.22m).
In Gua Musang, Bernama reported that residents were urged to remain vigilant and evacuate to the nearest PPS if their area was flooded.
Gua Musang Disaster Operations Control Centre chairman Nik Raisnan Daud said the warning was issued due to the rising water levels of several major rivers in the area following heavy rainfall since Monday.
“We have observed an upward trend in the water levels of rivers in Gua Musang.
“If the rain continues throughout this evening (yesterday), more areas may get flooded. “Disaster management agencies, including the police and Fire and Rescue Department, are on standby to help with evacuations at any moment.”
Gua Musang police chief Superintendent Sik Choon Foo said besides interior villages, several areas near Gua Musang town had begun to flood yesterday morning.
“Among the affected areas are Jalan Kampung Pulai, Felda Aring 2, Felda Chiku 2, Jalan Bandar Gua Musang, Kampung Batu 5 and Batu 6.
“Roads in these areas are beginning to flood. “Residents are urged to exercise caution and follow the authorities’ instructions if they are ordered to evacuate to PPS.
“They are advised to bring essential documents, such as their identity cards.” Sik urged parents to closely monitor their children, particularly
when water levels rise in their neighbourhoods, to ensure their safety and prevent unfortunate incidents. The Welfare Department’s Info Bencana portal showed that one PPS was opened in Gua Musang.
Dewan Semai Bakti Felda Chiku 7 is accommodating 125 people from 30 families.
Sebanyak 20 pemilik kenderaan yang ditenggelami air dalam kejadian banjir kilat di Presint 11 Putrajaya pada Ahad lalu menerima bantuan RM1,000.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata, Perbadanan Putrajaya juga akan membuat parkir interim yang memuatkan kira-kira 200 kenderaan sebagai tindakan jangka pendek dan meminta pihak perbadanan menyelesaikannya dalam tempoh dua minggu.
“Selain itu, saya minta Perbadanan Putrajaya menyediakan sistem amaran dengan penggunaan siren dan amaran kepada penduduk di kawasan itu untuk alihkan kenderaan dengan segera.
“Ini boleh dilaksanakan dengan menggunakan Internet of Things (IoT) iaitu sensor akan dipasang di petak penyelenggaraan saliran di seluruh Putrajaya untuk mengesan tahap ketinggian air,” katanya dalam kenyataan di Facebook, kelmarin.