Kuala Lumpur: Ribut Tropika Senyar, satu fenomena yang disifatkan sebagai luar biasa dan bersejarah kini mengancam untuk membawa impak signifikan kepada Semenanjung Malaysia dengan hujan lebat berterusan, angin kencang serta laut bergelora sehingga esok.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengesahkan Senyar bergerak ke arah timur tenggara dan sudah memasuki Selat Melaka, dikesan berada kira-kira 102 kilometer (km) ke barat daya Lumut, Perak, sebelum bergerak ke kedudukan terbaharunya.
Pada jam 11 pagi semalam, ribut itu dilaporkan berada 57 kilometer (km) ke barat daya Sabak Bernam, Selangor dengan kelajuan angin maksimum mencecah 46 km/j.
Pembentukan Ribut Tropika Senyar di Selat Melaka adalah kejadian yang sangat jarang berlaku, menjadikannya tumpuan dunia meteorologi.
Pembentukan Luar Biasa: Kawasan berhampiran Khatulistiwa seperti Selat Melaka lazimnya tidak menghasilkan daya pusaran (Kesan Coriolis) yang cukup kuat untuk membolehkan ribut tropika terbentuk dan kekal kuat.
Sejarah: Kali terakhir fenomena seumpama ini berlaku adalah pada tahun 2001 dengan pembentukan Taufan Vamei di kawasan berdekatan.
Perkembangan: Senyar mula berkembang daripada sistem tekanan rendah yang berlegar di Selat Melaka sejak 21 November
lalu. Kekuatan ribut itu banyak bergantung kepada suhu permukaan laut di Selat Melaka-semakin panas air, semakin banyak tenaga yang dapat diserap oleh ribut.
Berikutan pergerakan Senyar, MetMalaysia mengeluarkan kemas kini Amaran Hujan Berterusan serta Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi sembilan negeri dan dua Wilayah Persekutuan, berkuat kuasa dari 27 hingga 29 November 2025.
Amaran Hujan Berterusan Tahap Buruk (Jingga) dikeluarkan bagi kawasan berisiko tinggi termasuk:
Pulau Pinang
Perak
Selangor
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya
Beberapa kawasan di Kedah (Kulim dan Bandar Baharu). Beberapa kawasan di Pahang (Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, dan Bentong)
Langkah awal juga diambil di negara jiran India, apabila Jabatan Meteorologi India (IMD) mengeluarkan amaran hujan lebat di beberapa daerah Tamil Nadu, termasuk Rameswaram, yang menyebabkan penutupan sekolah sebagai langkah berjaga-jaga.
Orang ramai, terutama komuniti maritim dan penduduk di kawasan rendah dinasihatkan untuk mengambil langkah berjaga-jaga segera memandangkan potensi perubahan arah dan intensiti ribut boleh berlaku dalam tempoh yang singkat.
Ribut Tropika Senyar dijangka membawa hujan berterusan dalam tempoh 24 jam akan datang serta angin dengan kelajuan sehingga 50 kilometer per jam (km/j).
Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Dr Mohd Hisham Mohd Anip berkata hujan berterusan itu dijangka membawa sekitar 300 millimeter (mm) hujan sejam apabila ia memasuki Semenanjung Malaysia.
Menurutnya, jalur awan yang mengelilingi mata ribut tropika berkenaan sudah mula memasuki semenanjung ketika ini. “Ribut Tropika Senyar dijangka membawa hujan berterusan sepanjang 24 jam akan datang selain kelajuan angin mencecah 50km/j.
“Hujan berterusan itu dijangka membawa sekitar 300mm hujan dalam tempoh satu jam apabila ia memasuki Semenanjung Malaysia,” katanya.
Beliau berkata, Ribut Tropika Senyar dikesan berada pada Latitud 3.6° Utara dan Longitud 100.4° Timur, dijangka bergerak ke arah timur dengan kelajuan 9km/j dan boleh mencapai kelajuan angin maksimum sehingga 50 km/j.
“Keadaan ini boleh menyebabkan hujan lebat berterusan, angin kencang dan laut bergelora di kebanyakan kawasan di Semenanjung Malaysia sehingga 29 November ini (esok).
“Malaysia berada di luar kawasan laluan ribut tropika kerana kedudukan Malaysia di garisan khatulistiwa,” katanya.
Bagaimanapun, katanya, Malaysia pernah dilanda oleh ribut tropika secara langsung sebanyak dua kali iaitu pada 26 Disember 1996 (Greg) di barat Sabah dan pada 26 Disember 2001 (Vamei) yang berlaku di selatan Semenanjung.
“MetMalaysia telah mengeluarkan nasihat sistem cuaca yang dikemas kini setiap tiga jam yang bermula pada 23 November lalu apabila sistem terbabit memasuki kawasan pemantauan.
“MetMalaysia telah mengemas kini Amaran Ribut Tropika, Amaran Hujan Berterusan serta Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora bagi negeri Kedah, Pulau Pinang, Perak, Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan (WP) Kuala Lumpur, WP Putrajaya, Negeri
Sembilan, Melaka dan Johor berkuat kuasa dari 27 hingga 29 November ini,” katanya. Beliau berkata, MetMalaysia akan terus memantau perkembangan ribut tropika ini dan mengemas kini maklumat berdasarkan keadaan semasa.
Orang ramai dinasihatkan agar bersiap sedia menghadapi episod hujan lebat Monsun Timur Laut (MTL) dengan sentiasa peka kepada maklumat, nasihat, ramalan dan amaran cuaca yang dikeluarkan MetMalaysia melalui laman web www.met.gov.my, aplikasi mobil myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline MetMalaysia 1-300-22-1638.
Full tropical storm warning issued
- Admin UKK
- Berita
PETALING JAYA: The Meteorological Department has issued a full tropical storm warning as Tropical Storm Senyar advances towards Peninsular Malaysia after being detected north of Sumatra early yesterday.
Department director-general Dr Mohd Hisham Mohd Anip said Senyar was located at 3.6°N and 99.9°E, over the sea north of Sumatra and 102km southwest of Lumut, Perak.
He said the tropical storm is tracking east-southeast across the Strait of Malacca at about 24kph, placing several west coast states on heightened alert as it is expected to bring significant weather disturbances.
“This situation has the potential to bring continuous heavy rain and strong winds across Peninsular Malaysia and rough seas, particularly in the western and central states.
“The department has updated the Tropical Storm Warning, Continuous Heavy Rain Warning and the Strong Winds and Rough Seas Warning for Kedah, Penang, Perak, Pahang, Selangor, the Federal Territories of Kuala Lumpur and Putrajaya, Negeri Sembilan, Malacca and Johor.
“The warnings are in effect from yesterday until tomorrow.”
The department advised the public to follow the latest updates through its official website, the myCuaca app, official social media channels and its hotline at 1-300-22-1638.
KUALA LUMPUR: The government has allocated RM7 million to cover immediate expenses for states and relevant agencies to ensure smooth coordination and disaster response during the northeast monsoon.
Women, Family and Community Development Minister Datuk Seri Nancy Shukri said the funds, channelled through the National Disaster Management Agency (Nadma), also cover compassionate aid payments.
“This is crucial for those affected by disasters. The payments will be made based on heads of households registered through the Social Welfare Department MyInfo Bencana system and credited directly by Bank Simpanan Nasional within three days after temporary relief centres close,” she said during Ministers’ Question Time in the Dewan Rakyat on behalf of the minister in the Prime Minister’s Department.
Nancy was responding to a supplementary question from Nurul Amin Hamid (PN-Padang Terap) on whether the government is prepared to assist NGOs involved in flood relief nationwide.
She said Nadma also holds regular disaster management meetings before, during and after the monsoon season, based on weather projections up to March next year.
Replying to Aminolhuda Hassan (PH-Sri Gading) on allegations that individuals or NGOs were blocked from sending aid, Nancy said the claims are baseless.
She stressed that all contributions are welcome but must be coordinated through state or district disaster operations control centres to prevent duplication, ensure aid matches needs and avoid wastage.
On the flood situation and government preparedness, she said 9,058 relief centres capable of accommodating 2.2 million evacuees have been activated.
To facilitate assistance, eight depots, 138 district stores, 68 mini depots and 561 forward bases are operational.
She added that 103,500 personnel and nearly 40,000 assets have been mobilised, with around-the-clock monitoring via the National Disaster Command Centre.
Nancy said the northeast monsoon, expected to continue until March, has prompted strengthened technical preparedness, including updates to 3,682 flood hotspots nationwide identified by the Department of Irrigation and Drainage.
The Minerals and Geoscience Department has also flagged 254 critical slopes at risk of landslides, which will be closely monitored throughout the monsoon season. – Bernama
Seramai 40 pelajar dan pensyarah Universiti Utara Malaysia (UUM) yang terkandas di Hatyai, Thailand kekurangan bekalan makanan dan hanya makan bubur nasi yang dicatu.
Seorang daripada mereka menghidap talasemia dilaporkan kehabisan ubat dan tiada siapa mampu keluar untuk membeli ubat atau makanan, berikutan paras air yang menenggelami seluruh kawasan hotel.
Beberapa bot penyelamat melalui tempat mereka turut berlalu tanpa berhenti menyebabkan mereka hanya mampu menunggu dengan penuh harapan.
Pelajar terbabit ialah peserta THAI-MYS Cultural Exchange Programme 2025 dan sepatutnya pulang Sabtu lalu, namun terperangkap di hotel akibat banjir besar tanpa elektrik dan air.
Kumpulan itu terperangkap di dua tempat, iaitu Wangburapa Grand Hotel dan Hatyai Paradise.
Pelajar, Mimi Nadzirah Afiqah Md Suhaimi, 21, berkata mereka semakin buntu apabila bekalan makanan berkurang, selain internet yang sering terputus.
“Keadaan kami terkawal tapi makanan makin sedikit. Kami cuma makan bubur yang dicatu. “Hujan tak berhenti, air makin naik. Kami tak boleh keluar. Internet pun putus-putus.
“Kami benar-benar perlukan bantuan,” katanya ketika berhubung menerusi Whatsapp dengan pentadbiran UUM kelmarin.
Pelajar kehabisan ubat
Seorang rakan mereka menghidap talasemia kini berhadapan risiko kesihatan serius selepas kehabisan ubat yang perlu diambil secara berkala bagi menstabilkan hemoglobin dalam badan.
“Kami lihat bot lalu dua tiga kali, tapi tak berhenti. Kami hanya berdoa satu daripada bot itu akan hulurkan makanan,” katanya.
Pensyarah UUM, Dr Mohd Hadzrami Harun Rasit dan Dr Muhammad Harith Zahrullail sanggup meredah air sedalam satu meter demi memeriksa keadaan pelajar dan memastikan tiada yang jatuh sakit atau panik.
Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) yang menjalankan tugas Naib Canselor UUM, Prof Dr Ahmad Martadha Mohamed, berkata pihak universiti sentiasa berhubung dengan Konsulat Malaysia di Hatyai dan ibu bapa pelajar untuk perkembangan terkini.
“Keselamatan pelajar jadi keutamaan. Kami memaklumkan keadaan mereka secara berkala kepada ibu bapa,” katanya. Banjir di Hatyai diramal berlarutan hingga pertengahan bulan depan.
Pengarah Pusat Perubahan Iklim dan Bencana Universiti Rangsit, Prof Madya Seree Supratid, berkata walaupun paras air di hulu daerah Sadao semakin menurun, aliran air ke hilir akan meningkat sebelum memasuki bandar, sekali gus memburukkan lagi keadaan banjir.
“Rumah yang sebelum ini hanya tenggelam satu meter kini ditenggelami sepenuhnya,” katanya menerusi hantaran di Facebook, semalam.
