PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Sekolah terjejas banjir di Sarawak dibuka semula selepas keadaan reda -KSU KPM

Sekolah terjejas banjir di Sarawak dibuka semula selepas keadaan reda -KSU KPM

KLUANG, 12 Jan: Sekolah-sekolah yang terjejas akibat banjir di Sabah dan Sarawak akan dibuka semula selepas keadaan beransur pulih dan disahkan selamat oleh pihak berkuasa.

Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Datuk Dr Aminuddin Hassim berkata, penangguhan pembukaan sekolah terlibat dibuat berikutan sebahagian murid masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).

“Laporan terkini mendapati kebanyakan sekolah yang terkesan banjir berada di sekitar Kuching serta beberapa daerah lain di Sarawak.

“Apabila keadaan kembali kepada sediakala, kita akan benarkan sesi persekolahan seperti biasa,” katanya. 

Beliau berkata demikian kepada pemberita semasa meninjau hari pertama sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Dato’ Onn Jaafar, Simpang Renggam, Johor, di sini hari ini.

Katanya, KPM sentiasa memantau perkembangan banjir di sana dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sabah dan JPN Sarawak serta agensi berkaitan.

Pada Ahad, Pengarah Pendidikan Negeri Sarawak, Omar Mahli memaklumkan sebanyak 26 sekolah di wilayah itu dijangka tidak dapat memulakan operasi pada hari pertama sesi persekolahan hari ini kerana masih terjejas banjir.

Sekolah yang terjejas termasuk di Daro, Selangau, Sibu serta Tatau dan Sebauh di Bintulu.

Antara sekolah yang terjejas di Daro ialah SK Kampung Pangtray, SK OK Selair dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Chung Hua.

Di Selangau pula membabitkan SK Nangga Selangau, SK Kuala Lemai, SK Ulu Sungai Arip dan SK St. Mark.

Sebanyak 19 sekolah lain terjejas di Tatau dan Sebauh termasuk SJK (C) Chung Hua Tatau, SJK (C) Chung San, SK Bukit Mawang, SK Hermanus Assan dan SK Sebauh.

Lapan sekolah di Sarawak kini dijadikan PPS, melibatkan tujuh sekolah di Serian dan satu di Selangau. -TVS.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search