Banjir di Tanah Merah pulih sepenuhnya
- Admin UKK
- Berita
RANTAU PANJANG, 26 Februari - Keadaan banjir di Tanah Merah pulih sepenuhnya selepas tiga pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup, pagi ini.
Operasi kesemua tiga PPS sebelum ini iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Kulim, SK Gual Jedok dan Balai Raya Padang Kijang menempatkan 62 penduduk terjejas di tutup secara berperingkat sejak pukul 10.00 pagi tadi.
Menurut Penyelaras Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Tanah Merah Mohd Ahnaf Hanafi, penduduk dibenarkan pulang selepas air surut sepenuhnya sejak malam tadi.
Sementara itu, penduduk di Rantau Panjang, Pasir Mas bersiap sedia untuk berdepan sebarang kemungkinan termasuk jika di minta berpindah, susulan peningkatan paras air Sungai Golok yang telah melepasi paras bahaya.
Tinjauan RTM turut mendapati beberapa kawasan perkampungan berhampiran sungai serta pekan Rantau Panjang telah mula di masuki air.
Setakat pukul 12.00 tengah hari, paras air Sungai Golok di rekodkan berada pada bacaan 10.30 meter. Keadaan cuaca di Pasir Mas dilaporkan cerah sejak pagi.
KUALA LUMPUR – Sebanyak 689 kejadian tanah runtuh yang berlaku di Cameron Highlands telah direkodkan dari tahun 1961 sehingga kini, kata Timbalan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Huang Tiong Sii.
Lantaran itu, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) dipertanggungjawabkan melaksanakan Projek Penghasilan Peta Bahaya dan Risiko Cerun (PBRC) dimana menerusi projek ini, sebanyak 45 cerun kritikal berisiko tinggi telah dikenalpasti di kawasan tanah tinggi itu.
“JMG sedang melaksanakan pemantauan secara tahunan 19 cerun kritikal bermula 2021 sehingga kini. Selain itu sebanyak lima lokasi di Cameron Highlands telah dipasang peralatan sistem amaran awal (early warning system),” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.
Terdahulu, Tan Kar Hing (PH-Gopeng) meminta kementerian menyatakan statistik berkenaan perubahan iklim di kawasan Cameron Highlands dan jumlah kes kejadian tanah runtuh dan pemantauan pergerakan serta jumlah cerun berisiko tinggi.
Tahun 2024 mencatatkan sejarah sebagai tahun terpanas di Cameron Highlands dengan purata suhu harian mencecah 18.91 darjah Celsius.
“Angka ini menunjukkan peningkatan sebanyak 0.86 darjah Celsius berbanding purata suhu harian jangka panjang (1991–2020), iaitu 18.05 darjah Celsius. Suhu tertinggi yang pernah direkodkan di Cameron Highlands ialah 27.9 darjah Celsius pada Mei 1998 manakala suhu terendah pula adalah 10.0 darjah Celsius pada Februari 1989,” katanya. – MalaysiaGazette
PELABUHAN KLANG - Sebuah kilang memproses bahan pencuci di Jalan Sultan Alauddin 3 di sini musnah dalam kebakaran pada Rabu melibatkan simpanan bahan kimia yang mudah terbakar.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 4.31 pagi sebelum jentera pertama tiba di lokasi pada jam 5.26 pagi.
Beliau berkata, kebakaran melibatkan kawasan pemprosesan bahan pencuci serta simpanan Intermediate Bulk Container (IBC) Tank yang berkapasiti 1,000 liter setiap satu.
"Pemeriksaan awal mendapati sejumlah besar IBC Tank mengandungi bahan kimia seperti phosphoric acid 85 peratus (lima tangki), caustic soda 48.5 peratus (80 tangki) dan sodium hypochlorite 10 peratus (27 tangki) terbakar serta mengalami kebocoran.
"Kebakaran ini turut menyebabkan kerosakan pada struktur bangunan kilang," katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Katanya, seramai 26 anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Port Klang, BBP Sungai Pinang dan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) Shah Alam dikerahkan ke lokasi bagi mengawal kebakaran serta menangani kebocoran bahan kimia berkenaan.
"Pasukan Hazmat memasang satu aliran hose water curtain bagi mengawal penyebaran api serta menjalankan penilaian keselamatan bahan kimia di lokasi kejadian.
"Pemeriksaan kemudiannya dijalankan melibatkan cecair yang tumpah di lantai dan mendapati bacaan pH 1 dan pH 14 di sudut berbeza, menunjukkan kehadiran bahan kimia bersifat asid dan alkali," jelasnya.
Menurutnya, pemeriksaan lanjut menggunakan alat pengesan gas menunjukkan bacaan normal.
"Pemilik premis telah menghubungi syarikat kontraktor bagi menguruskan pelupusan bahan kimia yang terjejas.
"Operasi pemadaman dan penilaian keselamatan selesai pada jam 8.15 pagi sebelum diserahkan kepada pihak kilang," katanya.
Tambahnya, tiada kecederaan atau kehilangan nyawa dilaporkan dalam kejadian ini. "Punca kebakaran masih dalam siasatan," jelasnya.
Kuala Krai: Skuad Bantu Kuala Krai dan Sukarelawan Kuala Krai bersama penduduk terpaksa merentasi jambatan konkrit sejauh 30 meter yang ditenggelami banjir untuk mengusung dan membawa jenazah warga emas ke tanah perkuburan, pagi semalam.
Hujan lebat berterusan sejak beberapa hari lalu menyebabkan jambatan konkrit di Kampung Jeram Batu, yang menjadi jalan utama, ditenggelami air setinggi 0.3 meter.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Guchil, Hilmi Abdullah, berkata pada jam lebih kurang 10 pagi semalam, dia menerima panggilan daripada Penghulu Batu Balai mengenai kematian seorang warga emas, Ramlah Daud, 69, yang meninggal dunia akibat penyakit kanser.
"Saya dimaklumkan penduduk kampung mengalami kesukaran untuk membawa jenazah ke tanah perkuburan berikutan jambatan di kampung berkenaan ditenggelami banjir.
15 rumah terjejas ribut di Rembau
- Admin UKK
- Berita
REMBAU - Beberapa rumah di Taman Rembau Utama di sini mengalami kerosakan akibat kejadian ribut yang berlaku pada petang Selasa.
Rakaman video kejadian kira-kira jam 5.30 petang itu tular di media sosial dengan atap dan bumbung beberapa rumah tercabut serta diterbangkan angin kencang.
Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Rembau, Zamri Mohd Esa berkata, berdasarkan maklumat awal, 15 rumah terjejas susulan kejadian tersebut namun tidak melibatkan kemalangan jiwa.
"Ketika ini kita sedang membuat penilaian kerosakan manakala bantuan baik pulih atap dan bumbung akan dimohon melalui Tabung Amanah Bencana Negeri Sembilan.
"Kejadian ribut ini bukan yang pertama kerana ia pernah berlaku pada Sabtu lalu di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota yang menjejaskan tiga buah rumah," katanya kepada Sinar Harian pada Rabu.
Sementara itu, dalam ruangan komen video tular itu rata-rata pelayar media sosial berkenaan meluahkan rasa simpati selain menyatakan kesan kerosakan di kediaman masing-masing.
Sementara itu, dalam ruangan komen video tular itu rata-rata pelayar media sosial berkenaan meluahkan rasa simpati selain menyatakan kesan kerosakan di kediaman masing-masing.