PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Sarawak destinasi perniagaan yang selamat dan stabil

BARCELONA, 4 Mac: Kedudukan geografi yang strategik menjadi kelebihan kepada Sarawak dalam menyediakan akses perdagangan antarabangsa dan pasaran utama di seluruh Asia dan serantau.

Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, Sarawak berada di luar Lingkaran Api Pasifik, menjadikannya kurang terdedah kepada bencana alam.

“Kita (Sarawak) mempunyai tadbir urus yang kukuh, infrastruktur bertaraf dunia dan dasar mesra pelabur yang telah mewujudkan persekitaran perniagaan yang lebih kondusif,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Pelancaran Sarawak Pavilion sempena Mobile World Congress (MWC) 2025 di Fira Gran Via di sini pada Isnin.

Uggah yang juga Menteri Infrastruktur dan Pembangunan Pelabuhan Sarawak memfokuskan kepada pelaburan dalam hidrogen hijau, industri rendah karbon dan tenaga mampan untuk menyokong perniagaan dengan matlamat ESG yang kukuh.

“Sarawak terbuka untuk peluang perniagaan dan kita berharap dapat bekerjasama untuk mewujudkan perkongsian jangka panjang yang berkesan,” jelasnya.

Dalam pada itu, Uggah turut menyaksikan pertukaran memorandum persefahaman (MoU) antara Sarawak Information Systems Sdn Bhd (SAINS) dan ACCENTURE serta Kejuruteraan Rasshin Sdn Bhd dan EDOTCO.

Turut dilancarkan, Pelan Hala Tuju Semikonduktor Sarawak 2030 dan demonstrasi protaip Sarawak Teknologi tercanggih kebolehupayaan kecerdasan buatan (AI) “Ultra Edge’ di dunia bagi penukaran tenaga oleh SMD Semiconductor Sdn Bhd.

Majlis tersebut turut dihadiri, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Dato Sri Julaihi Narawi Narawi, Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak, Datuk Liwan Lagang, Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS), Datuk Abdullah Saidol dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kalaka, Mohamad Duri.

 

Hujan lebat di Selangor, Sabah, Sarawak hingga 4 petang

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir susulan jangkaan cuaca buruk melibatkan tiga negeri pada petang ini.

MetMalaysia menersui laporan cuaca di Facebook berkata, hujan lebat berserta ribut petir dan angin kencang dijangka melanda Selangor membabitkan daerah Klang dan Kuala Langat.

“Di negeri Sabah, kawasan yang berisiko ialah Pedalaman melibatkan daerah Sipitang.

“Di Sarawak pula, ia melibatkan daerah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong (Pusa, Betong dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah, Bintulu (Tatau dan Bintulu) serta Limbang,” kata MetMalaysia.

Tambah MetMalaysia, amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

“Keadaan tersebut dijangka berlarutan sehingga pukul 4 petang nanti,” jelas kenyataan itu. – KOSMO! ONLINE

RM1,300 aid for displaced Sabah fire victims

KOTA KINABALU: The Sabah government has given immediate cash assistance of RM1,300 to victims of the recent fire at Kampung Cempaka here that left 511 people homeless.

Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor, who visited the victims, said the state gave each head of household RM1,000, while state-owned Yayasan Sabah contributed the remaining RM300.

As the fire occurred just a day before the fasting month of Ramadan started on Sunday, Hajiji said the state government was concerned about the victims’ wellbeing and was now considering further measures to assist them.

He said the state government, together with other relevant departments, and Kota Kinabalu City Hall will hold further discussions to help the fire victims.

 

Apart from financial assistance, he said the state, with the help of Sabah Welfare Foundation and Yayasan Sabah, were also providing items such as food baskets and gas stoves.

Taufan Tropika Alfred, dijangka landa pantai timur Australia

SYDNEY, 4 Mac- Kawasan pantai timur Australia yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dalam fasa siap siaga bagi menghadapi Taufan Tropika Alfred, yang berpotensi menjadi taufan pertama melanda rantau itu dalam tempoh 50 tahun.

Taufan Tropika Alfred kini berada kira-kira 550 kilometer di timur bandar utama Brisbane dan dijangka bergerak menuju ke daratan lewat hari ini.

Jurucakap Biro Meteorologi, Dean Narramore, berkata taufan itu dijangka melanda pantai lewat Khamis atau awal Jumaat, dengan kawasan antara Brisbane dan destinasi pelancongan Sunshine Coast menjadi sasaran utama.

"Ia bukan rekod baharu tetapi ia agak luar biasa," kata Narramore kepada AFP.

Kira-kira tiga juta orang tinggal di sepanjang kawasan 100 kilometer yang menghubungkan Brisbane dan Sunshine Coast, kawasan yang terkenal dengan cuaca nyaman dan pantai berpasir emas.

Walaupun taufan adalah fenomena biasa di perairan tropika Australia, ia jarang melanda kawasan yang lebih padat penduduk di selatan.

Kawasan sungai utara New South Wales yang sering dilanda banjir, terletak di selatan Brisbane, turut dijangka terjejas.

Perdana Menteri New South Wales, Chris Minns, menggesa penduduk bandar-bandar kecil untuk bersiap sedia menghadapi situasi bencana terburuk itu.

Penyelidik iklim, Tom Mortlock berkata suhu permukaan laut yang luar biasa panas menjadi punca kepada pembentukan taufan tersebut.

"Taufan Tropika Alfred mengingatkan kita bahawa taufan tropika masih boleh bergerak lebih jauh ke selatan," katanya.

Menurut ramalan rasmi, Taufan Tropika Alfred, berada pada kategori dua, akan membawa angin kencang dengan kelajuan sehingga 120 kilometer sejam dan berpotensi menyebabkan "banjir kilat yang berbahaya dan mengancam nyawa".- AFP

Kebakaran 75.67 hektar ladang kelapa di Gebeng punca jerebu

KUANTAN: Ladang kelapa seluas 75.67 hektar di kawasan Balok Baru di sini terbakar sejak 22 Februari lalu.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Mohd Razam Taja Rahim, berkata daripada keseluruhan kawasan terbakar berkenaan, 66.773 hektar sudah dipadamkan manakala operasi pemadaman sedang dipertingkatkan bagi baki 8.903 hektar lagi.

Setakat ini, seramai 73 anggota terbabit dalam operasi membabitkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gebeng serta dibantu 10 BBP lain antaranya Kuantan, Taman Tas dan Indera Mahkota sepanjang tempoh sembilan hari operasi pemadaman.

"Kebakaran ladang kelapa memasuki hari kesembilan (semalam) dan kawasan itu mula merebak berikutan angin kencang. "Sebuah pesawat jenis Mi-17 turut digunakan untuk memadam kebakaran," katanya dalam kenyataan semalam.

Operasi pemadaman dibahagikan kepada tujuh sektor bagi mengelak kebakaran terus merebak.

Bantuan pam daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan sebuah jengkaut daripada Jabatan kerja Raya (JKR) turut membantu.

"Secara keseluruhannya 103 pegawai dan anggota dari JBPM dan agensi sahabat terbabit dalam operasi kali ini," katanya.

 

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search