PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Kebakaran ladang kelapa merebak ke kawasan hutan berhampiran

KUANTAN - Kebakaran ladang kelapa di belakang Taman Perindustrian Malaysia-China Kuantan (MCKIP) Gebeng di sini sejak 22 Februari lalu merebak hingga ke kawasan hutan berhampiran.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Mohd Razam Taja Rahim berkata, kawasan hutan yang terbakar seluas 7.5 hektar menjadikan keseluruhan lokasi yang terjejas mencecah hampir 150 hektar sejak kebakaran mula dikesan.

 

Menurutnya, sehingga Khamis, 138 hektar daripada 526.09 hektar kawasan ladang telah terbakar, dengan 98 hektar berjaya dipadamkan.

“Kerja-kerja pemadaman babitkan baki 44 hektar yang masih terbakar diteruskan.

“Bagaimanapun, situasi terkini boleh dikatakan semakin terkawal dengan tumpuan kini kepada titik api baharu terutama melibatkan kawasan hutan berhampiran,” katanya.

Mohd Razam berkata, operasi pemadaman menggunakan kaedah bom air melalui pesawat Mi-17 diteruskan terutama di titik kebakaran baharu.

Jelasnya, bermula 26 Februari lalu, 143,000 liter air telah digugurkan daripada 110 'dumb' bom air.

"Kaedah itu terpaksa digunakan kerana keadaan kawasan yang terbakar sukar diakses berikutan jalan lama tidak diselenggara serta tiada langsung laluan untuk masuk ke kawasan hutan.

“Selain itu, kaedah pemadaman terus kepada punca api turut dilaksana dengan menempatkan anggota dalam kawasan terbakar dibantu oleh unit udara.

“Pihak bomba akan menambah anggota 20 hingga 30 orang juga peralatan dengan bantuan daripada agensi sahabat dan kerajaan negeri bagi meningkatkan lagi keupayaan kerja-kerja pemadaman,” jelasnya.

Sementara itu, Mohd Razam berkata, pihaknya menjangkakan operasi pemadaman dapat diselesaikan minggu ini namun masalah asap mungkin mengambil masa untuk hilang sepenuhnya.

"Faktor cuaca dan angin yang menolak asap hingga berlaku jerebu di sekitar Kuantan," katanya.

Sementara itu, Indeks Pencemaran Udara (IPU) sekitar Kuantan pada tahap sederhana setakat jam 10 pagi pada Jumaat dengan kawasan Balok Baru merekod bacaan 76 dan Indera Mahkota, 54.

Sementara itu, pada Khamis, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad telah meninjau lokasi terbabit.

Semasa tinjuan itu, Nik Nazmi memaklumkan kerajaan sedia mempertimbangkan cadangan melaksanakan pembenihan awan bagi membantu memadamkan kebakaran ladang kelapa yang berlarutan itu.

Bagaimanapun menurutnya, pelaksanaan itu perlu mengikut prosedur termasuk perbincangan dengan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia).

 

Kerajaan sedia hadapi cuaca panas, kering- Nik Nazmi

KUALA LUMPUR, 7 Mac- Kerajaan sentiasa bersedia menghadapi situasi cuaca panas dan kering, terutamanya dengan kedatangan Monsun Barat Daya, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad.

Katanya, monsun berkenaan dijangka membawa cuaca panas dan kering dari Mei hingga September tahun ini.

Semua pihak berkuasa perlu melaksanakan pemantauan berterusan mengikut bidang kuasa masing-masing dan bersedia mengambil tindakan selaras dengan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan.

Ini bagi mengekang pembakaran terbuka, jerebu, dan kebakaran berulang.

"Menurut statistik Jabatan Alam Sekitar (JAS), lebih 1,000 aduan pembakaran terbuka diterima antara Januari hingga Februari 2025.

"Sebagai langkah pencegahan, pihak berkuasa perlu memastikan kesiapsiagaan infrastruktur tanah gambut dan jentera berkaitan bagi membolehkan sebarang insiden kebakaran dipadamkan dengan segera.

"Kerajaan negeri turut diseru untuk membangunkan infrastruktur tanah gambut di kawasan berisiko terbakar, selaras dengan usaha yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Persekutuan pada masa ini," katanya menerusi kenyataan.

Tambah beliau, selaras dengan Kepengerusian ASEAN 2025, kerajaan akan meneroka peluang mengetengahkan beberapa strategi dalam menambah baik pelaksanaan Perjanjian ASEAN mengenai Jerebu Merentas Sempadan (AATHP).

Terdahulu, Mesyuarat Jawatankuasa Induk Jerebu dan Cuaca Kering Kebangsaan (JIJCKK) Bil. 1 diadakan bagi meneliti keadaan cuaca semasa dan akan datang, melaporkan status kualiti udara dan kejadian pembakaran terbuka.

Additional manpower, aerial assets deployed to fight Kuantan fire

KUANTAN: Additional firefighters and assets will be deployed to battle the series of wildfires near the Kuantan-Sungai Ular bypass, which have been raging for nearly two weeks.

The flames, which have already devastated a 130ha coconut plantation, spread to a 7.5ha forest area yesterday.

To make matters worse, there are no access routes to the burning site.

Some 70 firefighters from 11 stations across three districts namely Kuantan, Pekan and Rompin along with multiple assets including an MI-17 helicopter have been deployed to carry out aerial firefighting at both locations.

Pahang Fire and Rescue Department director Mohd Razam Taja Rahim said aerial surveillance by the department's air unit led to the discovery of thick white smoke billowing from a new fire spot in the forest area early yesterday.

"There are no roads to reach the new fire site so we have deployed 30 firemen along with water pump and fire hose to the sites. The Mi-17 helicopter was used to send the manpower and assets to the site...we needed to control the fire to prevent the flames from spreading further.

"The department will increase manpower between 20 and 30 personnel including assets. Deploying more men on the ground will not overstrain the existing personnel and we can cover both areas (coconut farm and forest area) simultaneously.

"The fire at the coconut farm has been brought under control by applying the direct attack (extinguishing) technique where water is aimed directly at the burning flames but the soil burning beneath the surface remains a concern," he told reporters when met at the coconut farm here yesterday.

Razam said the department has assigned and stationed firefighters at all the hotspots in both locations to immediately respond in case of any signs of fresh fires, while also keeping the existing flames under control.

"We have thermal drones equipped with infrared imaging capabilities to provide aerial surveillance and valuable insights into the exact fire location. Based on the images captured by the drones, we will assign our men via walkie-talkies to inspect the respective site and provide updates on the situation on the ground.

"As I mentioned earlier, we hope to bring the fire under control and completely douse the flames this week. We are now focusing on the forest area to ensure the fire does not spread further or pose a threat to housing settlements in Balok near here," he said.

Razam had earlier accompanied Natural Resources and Environment Sustainability Minister Nik Nazmi Nik Ahmad to visit the coconut plantation that caught fire on Feb 22.

 

Teluk Kemang banjir, 11 kediaman dinaiki air

PORT DICKSON – Sekurang-kurangnya 11 kediaman di Teluk Kemang, di sini, terjejas banjir kira-kira pukul 7.15 pagi tadi susulan hujan lebat.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Port Dickson, Kapten (PA) Mohd. Azri Abu Hassan berkata, kesemua mangsa telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Kampung Sawah Sunggala.

Menurutnya, pihaknya bersama pelbagai agensi di bawah Sekretariat Pengurusan Bencana Dearah telah memantau kawasan hot spot banjir tersebut dan cuaca masih lagi dalam keadaan hujan renyai-renyai.

“Hasil tinjauan yang dibuat mendapati terdapat beberapa buah rumah yang dinaiki air. Dipercayai punca adalah disebabkan hujan lebat dan saluran longkang tersumbat.

“Untuk makluman, kami turut memindahkan seorang mangsa banjir iaitu warga emas wanita berusia 70an ke PPS bagi tujuan keselamatan. Buat masa ini, data mangsa banjir masih sedang dikumpulkan dan operasi masih berjalan,” katanya.

Difahamkan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang turut terjejas banjir. – KOSMO! ONLINE

Banjir Melaka, kebajikan penduduk terjejas di PPS terjamin - Exco

MERLIMAU, 6 Mac- Kerajaan Melaka memberi jaminan kebajikan penduduk terjejas banjir yang berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) dalam bulan Ramadan ini, terjamin.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana negeri, Datuk Rais Yasin berkata segala keperluan termasuk juadah berbuka puasa dan sahur disediakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Beliau berkata kerajaan negeri sentiasa cakna dengan kebajikan mereka yang terjejas khasnya pada bulan Ramadan ini.

"Jadi, kita memang sentiasa peka tetapi kita juga perlu bantuan daripada masyarakat supaya bagi kerjasama. Jangan takut berpindah ke PPS. Ia adalah lebih baik jika berada di sini.

Kita akan jaga seluruh kebajikan, termasuk semua ADUN turut datang melawat penduduk terjejas. Ini meliputi juadah berbuka, sahur dan sebagainya. Mereka yang tidak berpuasa juga ada kita sediakan merangkumi makanan untuk anak-anak," kata Datuk Rais kepada pemberita, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika turun padang melawat penduduk terjejas banjir di PPS SMK Dang Anum, Merlimau Jasin.

Datuk Rais berkata kerajaan negeri dalam proses menyelesaikan masalah banjir di Melaka melalui projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di sekitar negeri itu.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search