PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

KPKT peruntuk RM165,000 baik pulih rumah di Jasin

KPKT peruntuk RM165,000 baik pulih rumah di Jasin

JASIN: Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM165,000 untuk Program Baik Pulih Rumah bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) di DUN Bemban.

Exco negeri Datuk Rais Yasin berkata, peruntukan itu melibatkan pembaikan empat rumah dengan kos RM20,000 setiap satu. Satu rumah lagi dibina semula dengan kos RM85,000 selepas rosak akibat bencana.

Setiap kerosakan dinilai oleh agensi berkaitan untuk menentukan kos baik pulih. Beliau berkata demikian semasa Program Sentuhan Kasih Majlis Perbandaran Jasin (MPJ) hari ini.

Sebelum ini, Rais melawat penerima program di Pondok Kempas dan Kesang Tua sempena Program Wakil Rakyat Untuk Rakyat (WRUR) DUN Bemban.

MPJ turut menyumbang barangan elektrik dan kit makanan kepada penerima. Rais berkata WRUR membantu menyalurkan aduan rakyat dan memastikan tindakan pantas diambil.

Salah seorang penerima, Rohana Mohamad Nasir, 66, bersyukur atas bantuan itu. “Sekarang saya tidak perlu risau bumbung bocor setiap kali hujan,” katanya.

Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search