KUALA NERUS – Penduduk Kampung Pengkalan Maras di sini, kini dilanda kegusaran yang kian memuncak apabila hakisan pantai di perkampungan mereka semakin merebak.
Setiap malam sejak minggu lalu, deruan ombak besar terus ‘menggempur’ pesisir pantai sehingga menghakis tanah dan mengancam rumah penduduk, surau, premis perniagaan dan kemudahan nelayan yang terletak berhampiran pesisir pantai.
Seorang penduduk, Zulkefli Abd. Ghani, 62, berkata, Surau Kampung Pengkalan Maras seakan menunggu masa untuk rebah akibat hakisan pantai.
“Beberapa batang pokok kelapa yang terletak di pekarangan surau tumbang akibat hakisan.
“Kami risau kerana struktur tapak surau tersebut dibadai ombak setinggi tiga meter hampir setiap malam pada musim tengkujuh ini,” katanya kepada Kosmo! di Kampung Pengkalan Maras di sini semalam.
Seorang peniaga ikan, Mohd. Dzulfaizi Mazlan, 41, berkata, Pasar Nelayan Pengkalan Maras yang menjadi lokasinya mencari rezeki juga turut berhadapan ancaman hakisan.
“Bahagian di belakang pasar yang menghadap pesisir pantai sedikit demi sedikit telah terhakis sejak sembilan tahun lalu.
Pengusaha kedai makan, Nor Fazilah Mustafa, 38, pula seakan hilang harapan apabila premis perniagaan milik keluarganya sejak lebih 30 tahun lalu hanya menunggu masa untuk ‘ditelan’ hakisan pantai.
“Kami terpaksa mengosongkan kedai makan tersebut baru-baru ini demi keselamatan diri dan pelanggan.
“Sedih sebab rezeki berniaga di premis inilah, ayah, Mustafa Sulaiman, 60, menyara kami sekeluarga sejak tiga dekad lalu,” katanya.
Nor Fazilah juga buntu untuk bangkit semula berniaga kerana kekurangan modal, apatah lagi sewa premis baharu juga agak tinggi yang di luar kemampuannya.
IPOH – Kerajaan negeri melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Perak mengambil tindakan segera dengan menambah 12 unit pam air kecemasan mudah alih bagi mengatasi masalah banjir genang yang melanda beberapa kawasan di Bagan Datuk susulan hujan ekstrem pada akhir November lalu.
Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, keputusan itu dibuat selepas daerah Bagan Datuk menjadi antara lokasi paling terkesan akibat hujan berterusan dari 23 hingga 27 November yang turut mencetuskan limpahan air sungai.
“Selain tiga pam kekal berkapasiti 50 cusec di Rumah Pam Rungkup, JPS telah menggerakkan tambahan 12 pam mudah alih di beberapa lokasi strategik seperti Rumah Pam Rungkup, Tebuk Semani, Sungai Balai dan Sungai Nipah.
“Kerja-kerja mengorekpulih saliran di Tebuk Semani turut dilaksanakan bagi melancarkan aliran air keluar. Pemantauan setakat 9 Disember menunjukkan keadaan banjir genang semakin berkurangan,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.
Mohammad Nizar berkata, daerah Bagan Datuk sememangnya terdedah kepada banjir disebabkan kedudukan topografi yang rendah dan jaringan parit yang berfungsi sebagai parit takungan menyebabkan aliran air ke laut bergantung sepenuhnya kepada pintu-pintu air.
Menurutnya, bagi penyelesaian jangka panjang, JPS telah menyiapkan reka bentuk semula Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Bagan Datuk selepas menerima bantahan penduduk terhadap jajaran asal yang melibatkan pengambilan tanah.
“Terkini, setelah mengambil kira reka bentuk jajaran baharu, JPS bersedia untuk mengiklankan projek Rancangan Tebatan Banjir Bagan Datuk ini dengan kos berjumlah RM87.6 juta pada April 2026.
“JPS Perak juga akan memohon tambahan projek RTB Bagan Datuk Fasa 2 melalui Rolling Plan Kedua, RMK-13 (Rancangan Malaysia Ke-13) bagi penyelesaian masalah banjir yang menyeluruh di daerah Bagan Datuk,” katanya.
Sementara itu, Mohammad Nizar mengingatkan semua pihak termasuk pejabat daerah, pihak berkuasa tempatan dan agensi berkaitan agar memastikan kebersihan saliran serta pematuhan piawaian pembinaan dalam parit bagi mengelakkan aliran tersumbat.
Beliau pada masa sama menasihatkan penduduk supaya mendapatkan maklumat melalui saluran sah serta terus bersabar sementara kerja-kerja mitigasi dilaksanakan.
COLOMBO: Pihak berkuasa Sri Lanka mengeluarkan amaran tanah runtuh terbaru ketika hujan lebat melanda kawasan yang musnah akibat taufan kuat, dengan jumlah korban semasa meningkat kepada 618 orang.
Rangkaian ribut tropika dan hujan monsun melanda Asia Tenggara dan Asia Selatan dengan ia mencetuskan tanah runtuh, menenggelamkan kawasan daratan yang luas dan memutuskan hubungan penduduk dari hutan hujan Pulau Sumatera hingga ke ladang di Sri Lanka.
Sekurang-kurangnya 1,812 orang dilaporkan maut susulan bencana alam yang melanda Sri Lanka, Indonesia, Malaysia, Thailand dan Vietnam sepanjang dua minggu lalu.
Presiden Indonesia, Prabowo Subiantohari ini berikrar untuk meningkatkan penyaluran bantuan, susulan demonstrasi rakyat selepas jumlah kematian di negara itu melebihi 900 orang.
Sementara itu, lebih dua juta orang di Sri Lanka iaitu hampir 10 peratus daripada penduduknya terjejas disebabkan banjir dan tanah runtuh minggu lalu yang dicetuskan oleh Taufan Ditwah, iaitu bencana terburuk di pulau itu dalam abad ini.
Pusat Pengurusan Bencana (DMC), berkata ribut monsun menyebabkan taburan hujan yang lebih tinggi dan menjadikan cerun bukit tidak stabil, termasuk di kawasan pergunungan tengah dan tanah tinggi barat laut.
Helikopter dan pesawat digunakan hari ini untuk menyalurkan bekalan kepada komuniti yang terputus hubungan akibat tanah runtuh.
Tentera Udara Sri Lanka berkata, pihaknya turut menerima bekalan bantuan dari Myanmar semalam. Kerajaan Sri Lanka mengesahkan 618 kematian, 464 dari kawasan pertanian teh yang subur, manakala 209 orang lagi masih hilang.
Lebih daripada 75,000 rumah mengalami kerosakan, termasuk hampir 5,000 yang musnah sepenuhnya. - AFP
‘Everything is lacking’: Indonesia battles shortages, Sri Lanka mobilises troops after storms
- Admin UKK
- Berita
JAKARTA, Dec 8 — Regions hit by floods that killed hundreds in Indonesia were suffering from food and medical shortages, authorities said, as elephants pitched in on Monday to help clear up debris.
Tropical storms and monsoon rains have pummelled South-east and South Asia this month, triggering landslides and flash floods from the rainforests of Indonesia’s western Sumatra island to highland plantations in Sri Lanka.
“Everything is lacking, especially medical personnel. We are short on doctors,” Muzakir Manaf, the governor of Indonesia’s Aceh province, told reporters late Sunday.
Indonesia’s national disaster mitigation agency (BNPB) said 961 people in Aceh, North Sumatra and West Sumatra had been killed, while 293 were missing. More than a million people were displaced, the agency said.
In Pidie Jaya, a district in Aceh badly affected by the floods, four elephants from a nearby training centre picked up large pieces of rubble with their trunks and helped shift stuck vehicles.
“We brought four elephants to clear the debris from the houses of the communities that were swept away by the flood,” Hadi Sofyan, the head of a local conservation agency, told AFP.
“Our target is to clean the debris near the residents’ houses so they can access their homes,” he said, adding the elephants would be used for the rest of the week.
The downpours and subsequent landslides throughout western Indonesia have injured at least 5,000 people and devastated infrastructure, including schools and hospitals.
In the city of Banda Aceh, long queues formed for drinking water and fuel, and prices of basic commodities such as eggs were skyrocketing, an AFP correspondent said.
Costs to rebuild after the disaster could run up to 51.82 trillion rupiah (RM12.8 billion), the BNPB said late Sunday.
Extra troops
In Sri Lanka, the military deployed thousands of extra troops to aid recovery efforts on Monday after a devastating cyclone caused a wave of destruction and killed 627 people.
More than two million people — nearly 10 per cent of the population — have been affected by Cyclone Ditwah, the worst on the island this century.
Sri Lanka is expecting further heavy monsoon rains this week, topping five centimetres in many places, the Disaster Management Centre (DMC) said. It issued warnings of further landslides.
Army chief Lasantha Rodrigo said 38,500 security personnel had been deployed to boost recovery and clean-up operations in flood-affected and landslide-hit areas, nearly doubling the initial deployment.
“Since the disaster, security forces have been able to rescue 31,116 people who were in distress,” Rodrigo said in a statement.
President Anura Kumara Dissanayake unveiled a recovery package, offering 10 million rupees for victims to buy land in safer areas and rebuild.
The government will also offer livelihood support and cash assistance to replace kitchen utensils and bedding and to buy food.
It is not clear how much the relief package will cost the government, which is still emerging from an economic meltdown in 2022 when it ran out of foreign exchange reserves to finance even essential imports.
Dissanayake has said the government cannot fund reconstruction alone and has appealed for foreign assistance, including from the International Monetary Fund.
Seasonal monsoon rains are a feature of life in South Asia and South-east Asia, flooding rice fields and nourishing the growth of other key crops.
However, climate change is making the phenomenon more erratic, unpredictable, and deadly throughout the regions. — AFP
Prabowo gandakan bantuan kepada 4 bilion rupiah untuk kawasan terjejas bencana di Sumatera
- Admin UKK
- Berita
BANDA ACEH, Sumatera: Presiden Indonesia, Prabowo Subianto meluluskan peruntukan tambahan sehingga empat bilion rupiah (kira-kira AS$239,000) bagi setiap daerah dan bandar yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh di Sumatera, lapor agensi berita ANTARA.
Keputusan itu dibuat selepas Menteri Dalam Negeri, Tito Karnavian memohon dua bilion rupiah (AS$119,793) bagi setiap wilayah terjejas semasa mesyuarat penyelarasan mengenai tindak balas bencana Sumatera di Aceh Besar, Aceh, semalam.
"Sebanyak 52 daerah dan bandar berada dalam keadaan kewangan yang teruk. Mungkin kita boleh membantu dengan menyediakan dua bilion rupiah kepada kerajaan wilayah untuk membantu rakyat," kata Karnavian kepada presiden ketika mesyuarat itu.
Prabowo kemudian bersetuju untuk menggandakan jumlah itu. "Anda minta dua bilion rupiah untuk setiap daerah, saya setuju untuk memberi mereka empat bilion rupiah," katanya.
Beliau seterusnya mengarahkan Karnavian mengenal pasti wilayah yang paling teruk terjejas dan memutuskan untuk memperuntukkan sokongan tambahan.
"Untuk wilayah yang paling teruk terjejas, salurkan 20 bilion rupiah (AS$1.19 juta)," tambah Prabowo.
Presiden itu turut menggesa pemimpin wilayah untuk terus berusaha meringankan penderitaan rakyat akibat banjir dan tanah runtuh yang meluas, sambil memberi jaminan sokongan penuh daripada kerajaan pusat.
Dalam mesyuarat itu, Karnavian menekankan cabaran kewangan yang dihadapi kawasan terjejas, dengan menyatakan bahawa dana luar jangkaan semakin berkurangan.
"Satu wilayah melaporkan mereka hanya mempunyai 75 juta rupiah (AS$4,492) dalam dana luar jangkaan," katanya.
Beliau menjelaskan bahawa sementara kerajaan pusat menanggung keperluan utama seperti makanan, bahan api, elektrik dan keperluan lain, pihak berkuasa wilayah perlu menangani keperluan tambahan bagi mangsa bencana.
Karnavian berkata beliau telah mengeluarkan surat pekeliling yang mengarahkan wilayah yang mempunyai lebihan dana supaya membantu wilayah lain yang terjejas bencana.
Arahan itu berjaya mengumpulkan 34 bilion rupiah (AS$2.04 juta) untuk diagihkan kepada kawasan terjejas.
Menurut Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB), setakat 8 Disember, bencana itu meragut 929 nyawa, menyebabkan 274 orang hilang dan menjejaskan jutaan penduduk di 52 daerah dan bandar di Aceh, Sumatera Utara dan Sumatera Barat.
– BERNAMA-ANTARA
