PORTAL RASMI
JABATAN PERDANA MENTERI
AGENSI PENGURUSAN BENCANA NEGARA

Berita

Kebakaran tanah gambut: 80 peratus kawasan berjaya dipadam

Kebakaran tanah gambut: 80 peratus kawasan berjaya dipadam

KLUANG – Memasuki hari kelima, kebakaran tanah gambut yang berlaku di kebun kelapa sawit serta kebun nanas di Simpang Renggam, di sini berjaya dipadam sebanyak 80.36 peratus daripada keseluruhan 25 ekar kebakaran.

Ketua Zon Tiga Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Johor, Penguasa Kanan Bomba, Siti Hajar Sanusi berkata, kerja-kerja pemadaman akan disambung semula hari ini.

“Seluas 20.09 ekar melibatkan 8.45 daripada 13 ekar di kebun kelapa sawit (sektor A) dan 11.64 daripada 12 ekar di kebun nanas (sektor B) sudah berjaya dipadamkan sehingga lewat malam tadi.

“Jumlah anggota terlibat seramai 124 orang yang diselaraskan dibawah pengurusan Balai Bomba dan Penyelamat Renggam dijangka pemadaman keseluruhan kawasan terbakar dapat dipadamkan selewat-lewatnya hari ini,” katanya ketika dihubungi Kosmo!, hari ini.

Siti Hajar berkata, keadaan ini bagaimanapun bergantung kepada langkah penggunaan pesawat Agusta JBPM yang akan membuat pengeboman di kawasan-kawasan masih terbakar selain kerja-kerja di lapangan oleh petugas terlibat. – KOSMO! ONLINE

 
 
Penafian
Kerajaan Malaysia dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) tidak bertanggungjawab di atas kehilangan atau kerosakan disebabkan penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi daripada laman web ini.
Hubungi Kami
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA),
Jabatan Perdana Menteri,
Aras B1, 6 dan 7, Setia Perkasa 5,
Kompleks Setia Perkasa,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62502 WP Putrajaya

T: +603 8870 4800
F: +603 8870 4848
E: admin@nadma.gov.my
G: 2.937323, 101.704762
Statistik Pengunjung

Search