BOGOTA, 25 Jun - Sekurang-kurangnya lapan orang maut dan lima lagi cedera dalam kejadian tanah runtuh yang melanda bandar Bello, pinggir Medellin, awal pagi Selasa.
Menurut kenyataan oleh Datuk Bandar Bello, Lorena Gonzalez kejadian berlaku sebelum subuh dan menjejaskan lebih 10 buah rumah selepas hujan lebat yang menyebabkan banjir di sebuah lurah.
"Pihak berkuasa sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat. Sekurang-kurangnya 10 orang masih dilaporkan hilang," jelas kenyataan tersebut.
Wilayah Antioquia, yang terletak di kawasan pergunungan Andes sebelah barat Colombia, sering terdedah kepada kejadian tanah runtuh ketika musim hujan.
Bulan lalu, lima orang maut dalam satu lagi kejadian tanah runtuh di Sabaneta, sebuah lagi kawasan pinggir Medellin.
KUCHING, 24 Jun: Kebakaran hutan di Teluk Komeh berhampiran Taman Negara Bako di sini, berjaya dipadam sepenuhnya jam 3 petang tadi selepas dua hari usaha pemadaman dijalankan.
Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, operasi pemadaman dijalankan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tabuan Jaya dengan kekuatan 10 anggota bersama agensi lain.
“Kebakaran melibatkan kawasan seluas kira-kira 10,000 hingga 10,500 meter persegi.
“Tindakan pantas pasukan bomba berjaya membina firebreak (penghalang api) bagi mengelakkan kemerebakan kebakaran lebih besar ke kawasan sekitar,” kata kenyataan itu.
Operasi turut melibatkan penggunaan dua unit pam angkut, air laut sebagai sumber utama, empat nozel dan satu aliran sepanjang 260 meter.
Antara cabaran utama yang dihadapi pihak bomba memadam kebakaran itu ialah kekangan komunikasi, faktor pasang surut air laut serta kawasan berbukit yang menyukarkan pergerakan.
Turut membantu dalam operasi ialah lima anggota Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Bako Indah dan tujuh anggota daripada Sarawak Forestry Corporation (SFC) Taman Negara Bako.
Pihak SFC akan meneruskan pemantauan berkala bagi memastikan kebakaran tidak berulang. – TVS
Sungai Kemat cetek undang bah
- Admin UKK
- Berita
Kuala Berang: Keadaan Sungai Kemat yang semakin cetek sejak banjir besar tiga tahun lalu menimbulkan kebimbangan dalam kalangan penduduk terutama setiap kali hujan lebat kerana kawasan itu berisiko dilanda banjir kilat.
Lebih membimbangkan, fenomena itu semakin kerap berlaku meskipun bukan pada musim tengkujuh, sekali gus memberi kesan kepada penduduk.
Penduduk, Mamat Hassan, 67, berkata situasi terbabit berlaku sejak banjir besar yang melanda daerah Hulu Terengganu pada 2022 dan disifatkan antara paling buruk pernah berlaku.
Menurutnya, selepas kejadian itu, kedalaman Sungai Kemat makin cetek, setiap kali hujan lebat dalam tempoh singkat, air sungai mudah melimpah dan masuk ke rumah.
Katanya, keadaan sungai kini tidak mampu menampung jumlah air yang banyak dan mudah berlaku limpahan ke rumah penduduk.
"Kami berharap pihak berkenaan mengambil inisiatif mendalamkan kembali sungai berkenaan bagi mengurangkan impak limpahan air apabila hujan lebat berlaku.
"Kami akui kampung ini sememangnya terdedah dengan kejadian banjir namun pada musim tengkujuh fenomenanya lain jika dibandingkan sekarang," katanya ketika ditemui di sini.
Menurutnya, setiap kali musim tengkujuh, mereka bukan saja berdepan banjir tetapi terpaksa berpindah beberapa kali kerana banjir kediaman dinaiki air semula.
"Pernah berlaku, baru saja pulang dari pusat pemindahan sementara (PPS), hujan lebat dan kami terpaksa pindah semula esoknya," katanya.
Sementara itu, jirannya, Raja Zawilawati Raja Sulaiman, 41, berkata, dia antara individu terawal yang akan berpindah sekiranya berlaku banjir kerana Sungai Kemat berada tidak jauh dari rumahnya.
"Sungai semakin cetek ekoran banjir besar pada 2022 dan paling memenatkan apabila tiba perlu berpindah ke PPS beberapa kali.
"Penduduk berharap kerja mendalamkan sungai dilaksanakan sebaik mungkin bagi mengurangkan risiko berlakunya limpahan air sungai pada masa akan datang," katanya.
ATHENS (Reuters) -Greece on Monday declared a state of emergency on Chios island, where hundreds of firefighters have been battling wildfires for a second day as winds further whipped up the blaze, causing power cuts and the evacuation of residents.
"The situation since yesterday on the island is quite difficult because we constantly have new fronts and resurgences and the climatic conditions are not favorable," Yiannis Kefalogiannis, the climate crisis and civil protection minister, said upon his arrival in Chios.
Thirty more vehicles will reinforce 38 vehicles already deployed, assisted by 13 helicopters and four water bomber aircraft, Kefalogiannis said.
Wind gusts complicated efforts to extinguish the wildfires, which have razed forest and pasture land as they barrel towards the north, west and south of Chios town, the island's capital, causing power cuts and forcing hundreds of villagers to flee to safety.
Kefalogiannis said the authorities will investigate the causes of the fires which broke out at different geographical parts of the island.
Sitting at Europe's hot southernmost tip, Greece has felt the economic and environmental impact of frequent wildfires in recent years that scientists say have been exacerbated by afast-changing climate.
The country has spent hundreds of millions of euros to compensate households and farmers for damage related to extreme weather and to update firefighting equipment.
It hashireda record number of firefighters this year, some 18,000 of them, in anticipation of a challenging fire season.
(Reporting by Angeliki Koutantou and Daria Sito-Sucic;Editing by Bernadette Baum and Aurora Ellis)
IPOH, 23 Jun - Lima buah kilang musnah dalam satu kejadian kebakaran besar yang berlaku di Taman Perindustrian Song Choon, Simpang Pulai, awal pagi tadi.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, kejadian yang dilaporkan pada pukul 1.44 pagi itu tidak melibatkan sebarang kemalangan jiwa.
Beliau berkata, kebakaran melibatkan lima lot kilang bersaiz 150 x 70 kaki setiap satu.
"Tiga daripadanya merupakan kilang memproses peralatan sembahyang yang masing-masing musnah sehingga 70 peratus.
"Dua lagi kilang yang masing-masing memproses cat dan teh herba pula dilaporkan terbakar sehingga 80 peratus," katanya dalam kenyataan hari ini.
Operasi memadamkan kebakaran melibatkan 38 anggota bomba dan 15 anggota bomba sukarela dari enam balai berhampiran termasuk Pasukan Khas Bahan Berbahaya (HAZMAT).
Katanya, punca kebakaran dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
